Posts

Showing posts from January 25, 2018

Tiada yang mustahil !!

Image
AKhirnya projek ini siap juga. Berbagai cabaran dan dugaan dihadapi sepanjang projek ini. Aku belajar banyak perkara melalui projek ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Jenis catamaran ini, mempunyai dua Hull dibawahnya, menggunakan dua enjin dengan setiap satu berkuasa 115 Hp.  Kami menggunakan fiberglass dan core structure adalah steel. Pilihan warna adalah mengikut pilihan pelanggan. Memang cool warna hijau seperti petronas, digabungkan dengan warna bumbung yang menyerlah. terbaik.
Bot ini milik Majlis Bandaraya Ipoh yang dibina oleh UniKL MIMET,  Rivercruise 40 Seater yang akan ditempatkan di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Rivercruise ini dijangka dapat mengurangkan jangkamasa menunggu di jeti Gunung Lang bagi pelawat-pelawat yang ingin melihat keindahan dan berkelah di taman tersebut. Jemput datang beramai-ramai melawat Taman Rekreasi Gunung Lang sambil menaiki bot buatan #UniKLMIMET ini. Bot dijangka akan berada di Ipoh pada  akhir Jan 2018.