Posts

Showing posts from January 1, 2018

Melangkah Tahun 2018

Image
Malam ini aku meraikan tahun baru dengan perjumpaan group pemuda ISMA SI. Setelah lama merancang akhirnya kami berjaya mengumpulkan semua ahli pada malam ini. Maklumlah semua sibuk dengan kerja masing-masing. Alhamdulillah majoriti dapat datang. Abang long pun turun sekali.
Banyak yang kami bincangkan, tetapi yang paling best. Kami tetapkan KPI baru untuk group kami tahun 2018. Aku tidak boleh cerita semua disini. Tapi antara yang paling best. 1. setiap bulan target mesti senaman berbentuk berlari/berjalan mencapai 30 km setiap orang. 2. membaca Quran paling kurang sehelai setiap hari.



ada banyak lagi yang kami tetapkan, tapi bagi aku ini cukup memadai untuk memberi inspirasi kepada ahli group pemudi ini untuk bangkit semula. Mungkin bagi sesetengah orang ini perkara biasa. Tetapi bagi aku ini lebih baik daripada buat group merapu dan tiada faedah. Semoga beberapa lagi target kami akan dapat dilaksanakan oleh semua ahli.
Tahun ini dari segi kekeluargaan semakin mencabar dan memerluka…