berfikir tentang akal anak melayu

Bagaimana seseorang itu berfikir? Kotak pemikiran seseorang itu kita dapat melihat daripada perkataan, status dan sebagainya. Zaman sekarang ini, dengan media sosial dunia internet. Begitu mudah manusia memberi maklumat berkenaan diri dia kepada pihak musuh, pihak berkepentingan yang mahu menarik duit seseorang itu. Semuanya hanya mereka boleh membeli data profile.



Inilah dunia kini, semua maklumat daripada facebook, instagram, we chat, whatapps, email, twitter dan sebagainya. Ini semua ada konspirasi bekerja di sebalik semua ini untuk mengawal. Kini senang dan cepat.  Aku berfikir bagaimana mereka merancang pada masa hadapan? bagaimana mereka ingin mempengaruhi minda dan persepsi manusia? Memang mudah sebenarnya. Formulanya tidak susah. Tetapi, inilah kelemahan kita. Pemalas dan dimalaskan.

Aku tidak fikir orang melayu malas dan bodoh. Tetapi aku berfikir sebenarnya semua ini dirancang.  Orang melayu di sistemkan agar menjadi malas dan bodoh. Berfikir mereka low class dan  tidak boleh kaya. Mereka lembap dan slow. Mereka disusun agar begitu? Benarkah? Ini semua tidak pasti. Kerna ada ramai juga yang bijak.

Aras berfikir ornag melayu perlu ditingkatkan agar berfikir sehingga ke peringkat dunia. Bukan lagi kampung, daerah, negeri dan negara sahaja. Amatlah lemah anak-anak melayu kini sebahagiannya sibuk bermain game yang bodoh dan membodohkan. Mereka membuang masa dengan sebuah Hp. Aku pun tidak faham pada mulanya. Tetapi apabila aku melihat perjalanan sistem pendidikan kita. Aku melihat banyak kelompongan dan kecacatan disengajakan oleh sekelompok elit. Anak-anak melayu kini sibuk berfesyen, joli dan minda fikiran tidak tulen sudah. Hanya sebahagian berfikiran tulen. Sibuk bercinta, sibuk berdating, sibuk bergaya sakan, walau poket sering kosong. Kredit kad menjadi talian hayat bershopping. Hutang menimbun, harta terkikis. Menagih simpati kerajaan kemudiannya. Ini hanya sebahagian sisi. Sisi yang lain  kita melihat kerosakan keluarga dan masyarakat. Dadah, curang,  perceraian, pergaduhan, dengki, dendam kesumat merajaai apabila cahaya iman semakin suram. 

Melayu terus berpecah dan dipecahkan. Golongan pemecah itu mengambil kesempatan atas perpecahan ini menguasai segalanya secara halus atas nama perjuangan menyelamatkan negara. Bodohnya orang melayu, pemimpin politik mereka diperangkap dengan jawatan dan wang lalu menjadi pak turut. Mereka ini sedar atau tidak sedar aku memerhatikan daripada satu sudut. Melihat permainan dan kebodohan mereka memperbodohkan orang melayu. Ya, kita kena selamatkan malaysia. Malangnya mereka itu kelihatannya beralasan menyelam sambil meminum air sehingga orang melayu yang pemalas dan bodoh terpesona. 

kotak pemikiran orang melayu itu ada beberapa tahapan. Tahap memikirkan makanan, fesyen dan gayan hidup. dunia sahaja. Ada kotak pemikiran yang meikirkan masalah hidup sahaja. Ada yang memikirkan masalah politik sahaja tetapi tiada agenda dan matlamat yang jelas sehingga dimanipulasi oleh permainan pemecah belah. ramai orang melayu yang hidup susah, terpengaruh dengan propaganda ahli politik lalu menyokong mereka dan harapan mereka kini hadir. Namun, rupanya disebalik itu, mereka tidak kisah dan sedar siapa yang memimpin. Atas nama negara, siapapun asalkan mereka bekerja amanah, silakan memimpin. Inilah bahaya jika semua berpecah. Payung kuning juga tidak kuat, siapa lagi boleh diharap? 

Lihat dunia seanteronya, kita terbang ke langit dunia dan lihat dunia daripada atas. Rupanya telah banyak kerajaan di dunia bertukar pemerintah. Mengapa? fikirkan sekali lagi. Mengapa banyak kerajaan di dunia melalui dekomrasi telah runtuh? Lihat siapa yang naik selepas itu? Apa persamaan mereka? Pening nak memikirkan semuanya. Tetapi nampaknya permainan semakin menarik. Dunia kini semakin kompleks. 
Fikirkan jika anak melayu masih sibuk bermain games, bercintan cintun, sibuk dengan bola. Apa boleh harap. Hanya buih-buih dilautan manusia. lemah. Sebab itu kena bangkit dan berubah. Anak melayu berada pada tahap, perlu dipaksa berubah. Perlu di ubah secara kasar. Tidak lagi secara lembut. Bahasa-bahasa lembut sudah sampai tahap bebal dan manja untuk mereka..


Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur