Ramadhan 2018 dan sejarahnya di Malaysia

Alhamdulillah,

  1. Syukur kepada Allah swt kita diberi peluang sekali lagi memasuki bulan Ramadhan yang mulia ini.
  2. aku berharap agar aku dapat menjalani bulan Ramadhan ini dengan berjaya mengawal diri daripada melakukan banyak dosa dan membanyakkan amalan ibadah kepada Allah swt.
  3. Bulan Ramadhan ini bagi kita orang islam adalah bulan paling mulia daripada 12 bulan. Bermakna kita kena sedar dan ingat bahawa apa sahaja yang kita nak buat mesti lebih berkali ganda daripada bulan lain. Kalau kita nak solat sunat, buat banyak2, kalau kita nak sedekah, mesti nilainya lebih daripada bulan lain. kalau kita selalu buat dosa dan maksiat, bulan ni mesti paling kurang. Perubahan dari dalam orang kata. 
  4. Setiap perubahan mesti bermula dengan mendekatkan diri kepada Allah swt. Itulah yang aku faham. Sesiapa sahaja yang nak berubah, Bulan ramadhan ini mengajarkan kita kawal nafsu dan diri. 
  5. Bulan ramadhan juga mengajarkan kita bahawa sebenarnya kita mampu bangun awal pagi untuk bersahur dan solat subuh berjemaah. Kita ada kekuatan sebenarnya. Bagaimana bulan-bulan lain kita malas pergi solat berjemaah? Tiba -tiba bulan Ramadhan kita boleh pergi solat berjemaah di Masjid? Itulah sebenarnrnya kita boleh. Tetapi sebab kita leka sibuk dengan dunia dan lalai.
  6. Bulan Puasa kali ini agak berbeza bagi kita rakyat Malaysia. Kerana baru sahaja selesai pilihanraya ke-14 yang menyaksikan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional. Aku mahu tulis ini supaya anak cucu aku baca nanti mereka tahu bahawa atuk mereka beada di zaman politik ini. Kekalahan BN sangat teruk, tanpa disangka-sangka. Aku mengundi di Setiawangsa, KL. Memang masa ini rakyat sudah mood nak tukar kerajaan kerana tension dengan situasi Kerajaan BN. Ditambahlagi dengan beberapa Kes rasuah, penipuan dan salahguna kuasa. Pemecatan beberapa tokoh Utama UMNO dan kemunculan semula Tun Mahathir yang keluar UMNO dan menubuhkan PPBM melawan BN. Gabungan Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, Amanah, DAP dan PPBM menjadi kuat dan berjaya menumbangkan BN. Hakikatnya bukan kerana Pakatan Harapan Kuat, tetapi kerana BN itu sendiri gagal membuat perubahan mengikut keinginan rakyat. Keangkuhan, gila kuasa, sombong dan rakus akhirnya tersungkur.
  7. Melihat kekalahan BN, baru aku dapat faham, bagaimana kerajaan Islam zaman dahulu yang begitu hebat dan maju boleh jatuh. Ini kerana masalah dalaman yang tidak dapat diatasi, tamak, salahguna kuasa dan sebagainya. Akhirnya Allah menarik kuasa dan memberi kepada orang lain .
  8. Pada ketika ini juga dunia islam yang lain masih belum aman. Di Gaza sedang berlaku protest pembukaan kedutaan Amerika di Jerussalem. Beratus terbunuh dan beribu tercedera. Perjuangan rakyat Palestin terus berkorbar. Semangat mereka begitu hebat melawan zionis israel penjajah tanah mereka. Sungguh luar biasa semangat rakyat Palestin. 
  9. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu dan semoga tidak sia-sia segala amalan puasa kita. 


mun'aim idrus, 23 mei 2018

Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur