PRU 14 : sebuah pelajaran daripada Tuhan


 Keputusan Pilihanraya Malaysia ke-14 telah menunjukkan bahawa hanya kekuasaan Tuhan kekal selamanya. Kerajaan Barisan Nasional akhirnya tumbang kepada pakatan Harapan.

  1. aku sebagai pengundi atas pagar dan pertama kali mengundi setelah aku terlepas mengundi 5 tahun lepas akhirnya sangup turun balik KL untuk mengundi. 
  2. banyak pelajaran yang kita boleh ambil daripada kekalahan BN pada PRU 14 ini.
  3. Zaman telah berubah, pemimpin tidak boleh menipu dan menekan rakyat lagi. Saya kira rakyat telah celik dan mendapat maklumat dengan pantas dan sahih. Apa sahaja salah laku pemimpin akan cepat tersebar meskipun media pro kerajaan menafikan.
                          
  1. saya kira punca BN kalah ada banyak faktor, tetapi secara personal bagi saya BN boleh menang sekiranya sebelum pilihanraya mereka  memansuhkan GST, menurunkan Najib dan mendakwa di mahkamah atas salah laku 1MDB, tidak memecat Tan Seri Muhyidin, Dato Shafie Apdal, Rais Yatim dan Tun Daim, tidak mengganggu Tun Mahathir dan anak-anak dia. Itulah antara kesilapan mereka bagi saya. 
  2. Para pemimpin dan ahli umno mesti menyesal sekarang ini kerana mereka mempertahankan Najib kerana takut kehilangan jawatan dan dipecat.  Benar, risiko memperjuangkan kebenaran adalah berat dan sakit. tetapi siapa yang benar-benar pejuang dalam UMNO? Saya kira tidak ramai. jika ramai, sudah pasti mereka sudah berjaya menurunkan Najib sebelum PRU 14. Walaupun setelah pemimpin Nombor 2 mereka dipecat, itupun masih tiada siapa berani bersuara. Anda boleh bayangkan bagaimana teruk dan lemahnya kepimpinan UMNO. Saya kasihan pada mereka. Ini kerana terlalu lama merea mengabaikan nilai kebenaran dan hanya mengejar pangkat dan harta. akhirnya Harga yang perlu mereka bayar adalah sebuah kekalahan dan kehancuran. Hilang segala kuasa dan punca kekayaan. Yang diatas tidak risau sangat bagi saya kerana harta sudah berkepok-kepok. Kasihan pengikut bawahan kerana mereka tiada harta berkepok-kepok. Kesedihan ini saya harap tidak berpanjangan bagi mereka. 
  3. mereka harus belajar menghormati bekas pemimpin mereka seperti Tun Mahathir yang telah banyak berjasa membangunkan UMNO. Mereka harus memohon maaf atas kebiadapan mereka kepada Tun Mahathir. Setelah teguran demi teguran tidak dipedulikan, Saya kira, sebuah kekalahan adalah teguran paling berkesan daripada Allah swt agar mereka sedar dan bermuhasabah.
  4. Saya sendiri secara peribadi dapat merasakan PRU14 ini gelombangnya sangat kuat dan berbeza. Kerana setiap orang yang saya jumpa menyatakan ketidak puasan hati kepada kerajaan. Akhirnya keputusan rasmi lambat diumumkan. Daripada situ abang saya dah kata. Kalau keputusan rasmi lambat keluar, maka bermakna BN kalah.
  5. Inilah sebuah pengajaran kepada kita, bahawa kekuasaan itu Allah berikan kepada siapa yang dia mahu dan dia tarik daripada siapa yang dia mahu.
  6. Masa hadapan? Saya berharap perubahan kerajaan di Malaysia ini tidak menjadi seperti di Libya, Iraq, afghanistan dan lain-lain negara yang mana menjadi semakin huru - hara dan tidak aman. Saya berharap negara kita kembali pulih daripada segi ekonomi dan kembali di hormati di persada dunia. juga beharap hubungan antara kaum kekal harmoni dan tiada lagi desakan-desakan oleh kumpulan yang menggugat islam dan sistemnya.


mun'aim idrus 19 mei 2018

Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur