pengorbanan sebuah kereta


                                              Image result for honda civic 2014

Aku buat keputusan kurangkan hutang dengan menjual kereta aku.   Alhamdulillah. Cukuplah pakai satu kereta dan satu motorsikal buat masa ini. Mungkin keputusan ini mengejutkan keluarga, tetapi isteri aku memahami aku korbankan kereta yang aku sayang demi kebahagiaan dan masa depan keluarga.

Murabbi pernah berpesan, harta dunia ini jika letak ditangan, bila-bila masa sahaja kita boleh lepaskan. Mudah sahaja. Bukan milik kekal kita di dunia. prinsip aku sejak dahulu lagi, aku mahukan yang terbaik, apa pun. Aku ingin merasa sekejap sahaja. Setelah aku merasa, aku akan berfikir untuk melepaskannya sebelum ia menjadi mendarah daging.

Kereta aku bukanlah terlalu mahal, tetapi cukup aku merasa bahawa inilah kemewahan dunia. Setelah merasa sedikit senang, kemudian harinya apabila kita melepaskannya, kita akan tidak rasa kemaruk dan jakun apabila melihat orang lain pula merasainya. Ia mungkin kita akan beli kembali suatu hari nanti apabila aku inginkan semula. Aku mungkin ingin memiliki sebuah van, mpv, pajero atau sebuah BMW, Mercedes, atau Audi. Ia adalah keinginan manusia. tetapi aku tidak berfikir buat masa ini.

Lumrah manusia zaman sekarang ini melihat seseorang itu pakai kereta apa. Termasuklah aktivis dakwah. Mereka kebanyakannya berfikir aktivis dakwah seharusnya memakai kereta murah dan simple sahaja. termasuk pimpinan dakwah. Walaupun mereka sendiri sudah mula memakai kereta mahal. Tetapi mereka akan berlapik dengan mengatakan. Ana dulu pakai kereta second hand sahaja. sekarang baru nak merasa pakai kereta sedap sikit. nonsense. Aku rasa tiada masalah pakailah kereta apa pun. itu pilihan hidup. Cuma pastikanlah mampu membayarnya dan tidak kedekut kepada dakwah. Bagi aku, kereta mahal sedikit, tetapi kualiti bagus dan selesa adalah lebih baik daripada beli kereta murah, kemudian kau sumpah seranah kereta kau sebab makan duit akibat rosak sana sini. Lepas tu baru kau nak jual dan beli kereta sedap sikit. Aku ada sedikit berasa apabila aktivis dakwah kata aku mewah, cinta dunia dan sebagainya. Nasib baik aku sedar aku tidaklah mewah dan cinta dunia banyak mana. Cuma aku suka ade orang macam ni, tegur aku. Alhamdulillah. Dia dapat ingatkan aku supaya jangan pegang lama-lama harta dunia ini. Sebab itu, kalau de kawan-kawan aku beli kereta baru aku tumpang gembira. Allah beri dia rezeki dan nikmat pinjaman. Allah mudahkan hidup dia. Begitulah seharusnya kita berfikir. Tetapi aku tidak mahu cakap macam itu kat sahabat-sahabat. Aku nak menjaga hati mereka.

Keutamaan kini adalah aku harus berjimat dan menyimpan. Aku ingin hulurkan duit kepada ibu ayah aku setiap bulan dengan lebih banyak. Ada orang mampu beri ibu ayah beribu-ribu setiap bulan. Alhamdulillah syukur. Aku hanya mampu beri RM400 setiap bulan kepada mak ayah. Aku cerita bukan nak riak atau menunjuk. Tetapi aku nak cerita bukan jumlah yang penting, Tetapi yang penting hulurlah walaupun sedikit. Dia mak ayah kita, dah banyak dia habiskan duit untuk membesarkan kita. Walaupun jika mak ayah kita dah kaya dah. Aku tetap rasa hulurkan sahaja. Aku tidak boleh terima kalau ada anak yang bagi alasan x bagi duit kat mak ayah sebab duit tak cukup. Bagi aku, kalau tak mampu pun , ko hulurlah seringgit dua. asalkan bagi. insyaAllah Allah akan ganti berlipat ganda.
Cuba kita muhasabah, kenapa rezeki kita kadang-kadang sempit. Aku banyak tengok anak-anak yang kedekut dengan mak ayah dia. Kehidupan dia makin sempit dan tidak banyak berubah. Aku nak nasihat aku tak reti. jadi korang lah nasihat dan share kat kawan-kawan. Kita kalau belanja kawan-kawan, shopping sana sini, bukan main lagi. Tapi mak pak kat kampong buat tak tau. Bukan semua kita. Tetapi ramai aku tengok, kalau balik kampong pun, dah lah makan minum semua kat rumah mak, balik kg buat perabih beras sahaja. langsung tidak hulur. aiya... jangan lah macam ni. Akan hadir satu perasaan yang best bila kita hulur duit kat mak bapak. Seronok tengok muka dia. Walaupun setiap kali hulur, mak mesti cakap. udah la muin, ko banyak nak pakai duit anak-anak kau, belanja lagi. x payahlah bagi mak banyak-banyak. aku cakap. tak pa mak, mak doakan agar muin cukup duit. Alhamdulillah. Allah sentiasa cukupkan duit perbelanjaan sekeluarga. Aku mula belajar semua ni sejak dulu aku baca kisah ustaz Pahrol. Bagaimana dia susah dahulu, tidak pernah lupa hulur duit kat mak ayah dia walaupun sedikit.

Begitulah kawan, jangan takut untuk membuat keputusan dalam hidupmu. Aku kini dapat menghantar anak aku ke sekolah tahfiz swasta yang agak mahal. Kos sekolah anak-anak sahaja RM1K sebulan. Tetapi aku puas hati daripada aku membayar untuk sebuah kereta yang mahal. Aku rasa tenang apabila anak-anak aku balik daripada tadika, mereka mengalun-alunkan ayat-ayat Quran yang mereka hafal.  Terasa duit yang aku laburkan sangat-sangat berbaloi.

Aku jujur berasa sedih jika anak-anak aku menghafal lagu boboiboy, upin ipin dan sebagainya. Itulah yang berlaku sebelum ini. Aku mengorbankan sedikit keselesaan sebuah kereta dan aku mendapat suatu nikmat yang lebih berharga daripada kereta yang mahal itu. Allah. Saat anak aku bermain-main ambil dia mengulang ulang ayat quran sungguh indah dan bahagia aku rasa.  Sebuah keseronokan yang kalian takkan dapat rasa bagaimana aku mahu gambarkan. Cobalah sendiri.  Allah itu maha adil. Dia memberi setiap orang cukup dan sesuai dengan rezeki dia. Semua apa yang kita ada adalah pinjaman Allah sahaja sahabat.

Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur