Perjuangan ini gerun dan mengerikan

Hujung minggu yang lalu aku pergi ke suatu kem perkhemahan. Ditakdirkan lagu tema kem itu sebuah lagu yang aku tidak pernah dengar, liriknya sukar sekali aku hafal dan melodinya tergeliat lidah aku nak ikut menyanyi. Lagu apakah itu? silalah lihat lirik-lirik lagu itu dibawah ini.

Lagu: Perjuangan
Munsyid : Saff One

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang 
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam 
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian 
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

generasi aku nampak gaya tidak kenal lagu ini. Tetapi lama-lama bila dihayati, baru aku dapat menangkap sedikit demi sedikit. Memang perjuangan ini gerun dan menakutkan. Lagu ini bagiku jujur dan terus terang. Liriknya aku rasa dibuat oleh seorang pejuang yang sudah ada pengalaman dan meluahkan apa yg dia pernah rasa dan hadapi. Bukan senang berjuang. Siapa cakap senang. 
Kalau ada malam-malam dan hujung minggu kita boleh goyang kaki, rasanya tidak perlulah mengaku pejuang. Itu mungkin hanya sekadar pengikut. Lagu ini hanya boleh dihayati oleh seorang pendukung dakwah dan perjuangan. Yang pasti aku susah nak hafal lagu ni semasa program. sebab melodi dia memang ...aduh... nasib baik lirik dia sentap dan padu.

Intinya lagu ini memberi aku muhasabah untuk melihat kembali, banyaknya aku rehat dan santai daripada berjuang. Allah...

Melihat orang-orang lain begitu sibuk berjuang, melihat kondisi masyarakat yang semakin lalai dan leka. Dijajah pemikiran, berseteruan politik, permusuhan, perpecahan, kerosakan akhlak dan moral anak-anak muda yang sudah ke tahap parah kini. ya Allah.  
Ketika aku berjalan ke pasar malam, ramainya umat ini yang sepeti buih, masjid-masjid sunyi jemaahnya, supermarket penuh dengan lautan manusia.
Kedai mamak sentiasa penuh dengan manusia sehingga lewat malam, tetapi solat subuh begitu sunyi.
Masalah keluarga dalam masyarakat juga begitu membimbangkan. Susah untuk mencari lelaki yang soleh dan menjaga pergaulannya ketika ini. Begitu juga wanita-wanita muslimah. Ya Allah sedihnya melihat wanita islam yang hilang rasa malunya mendedahkan aurat dikhalayak ramai. Sedihnya  melihat mereka tidak rasa bersalah memakai pakaian ketat dan seksi. Sedih lagi apabila melihat mereka berjalan dipeluk, dipegang oleh lelaki haram , iaitu bukan mahramnya. Bebasnya mereka kerana tiada sesiapa mahu menegur. Allah.. lemahnya iman aku tidak mampu menegur mereka. 

Selalu ramai aku melihat remaja-remaja lepak di sana sini, namun aku tidak mampu mendekati mereka. Allah lemahnya aku. Aku sedar tiada sesiapa yang mahu mendekati mereka, mendakwahi mereka. namun aku yang faham ini pun leka dan lalai sehingga tiada masa mendekati mereka.

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk bangkit kembali, terus melangkah bersama kapal layar ini. istiqamah.


nukilan aku..mambi



Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur