Posts

Showing posts from April, 2018

Perjuangan ini gerun dan mengerikan

Hujung minggu yang lalu aku pergi ke suatu kem perkhemahan. Ditakdirkan lagu tema kem itu sebuah lagu yang aku tidak pernah dengar, liriknya sukar sekali aku hafal dan melodinya tergeliat lidah aku nak ikut menyanyi. Lagu apakah itu? silalah lihat lirik-lirik lagu itu dibawah ini.
Lagu: Perjuangan Munsyid : Saff One
Perjuangan itu gerun dan mengerikan Hebat dan dasyat menggerukkan hati Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x
Perjuangan itu bagai sampan di laut Di atas lapang tiada perlindungan Di bawa air melambung dan menggunung Menongkah gelombang yang datang melanda
Kiri kanan depan dan belakang Angin yang menderu tidak tahu bila datang Hujan badai yang datang menyerang  Bak singa yang lapar yang garang
Kadang-kadang terdampar di batu karang Penumpang menerima nasib berlainan Ada yang jatuh ada yang tenggelam  Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang berjaya berenang ke tepian  Sekali lagi dia melayar sampan Walau pelayaran mungkin tidak berjaya Namun harapnya hanya pada …

Bidang terjun sebagai pengacara di AIREX 2018

Image
Ini pertama kali aku menjadi seperti pengacara TV. Bukan senang rupanya untuk membuat liputan sesuatu program. Ini namanya main belasah sahaja. Yang penting ada keyakinan. huhu.
Program besar UNKL MIMET tahun ini adalah menganjurkan pertandingan inovasi dan pameran peringkat kebangsaan. AIREX 2018 mendapat sambutan hangat daripada seluruh malaysia. Sila toton video ini untuk melihat suasana AIREX 2018. 
Janhan lupa Subscribe channel Youtube saya. kasi sokongan padu sikit. Thanks.



Alhamdulillah walaupun terdapat banyak kelemahan dari segi penganjuran. Namun segalanya berjalan lancar seperti dirancang.


Airex 2018 dan karnival Jom bisnes UNIKL MIMET

Image
Rakaman ringkas semasa program jom bisnes bersama pelajar-pelajar saya, serta sempat melawat persediaan tempat program untuk di dewan UniKL MIMET.
AIREX 2018 tu apa?
Apprentice Innovation and Research Exhibition  adalah pertandingan inovasi peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh UNIKL MIMET.
http://airex.mimet.edu.my/about.html Click sini untuk ke website AIREX 2018


Jadi kalau korang ade kesempatan, boleh join dan datang masuk percuma. kalau x sempat tahun ni, tahun depan boleh join. insyaAllah.
Airex ada kategori sekolah rendah, Menengah dan IPTA . Memang berbaloi untuk ketengahkan idea-idea inovasi, rekaan terkini dan sebagainya.

Balm untuk bayi selsema, batuk dan kahak

Image
Assalamualaikum wbt,
Posting kali ini saya nak share dengan anda semua balm yang anak saya sendiri dah pakai dan alhamdulillah berkesan.

Masalah baby saya sebelum ini: 1. sering batuk berkahak dan demam.
2. Selsema 3. susah nak tidur malam, x lena. 4. kerap keluar masuk hospital disebabkan kahak banyak, kemudian demam.
Perkara ini hampir merungsingkan saya dan isteri sebagai ibu bapa.  Habis ke merata klinik dan hospital kami pergi untuk merawat anak kami no 3 ini.
Akhirnya isteri saya cuba balm Tasnem Naturel. Sebenarnya pengasas produk ini kawan isteri saya. Masa tu kawan wife ni baru memulakan produk ini. Alhamdulillah setelah mencuba anak saya menunjukkan perubahan dan serasi dengan balm tersebut.  Saya sharekan gambar produk itu dibawah ini. Kini Balm ini semakin terkenal dan sudah ramai para ibu yang menggunakannya.  satu botol balm ni, boleh tahan lama juga nak abih. Just sapu-sapu sahaja pada bahagian berkenaan. kelebihan produk ini:
menggunakan minyak Essential Oil (kalau x silap saya …