cinta aku dan dia

Bila berbicara soal cinta,
Ia akan membawa kepada keindahan, kerinduan, kegilaan dan sebagainya.
Ia  bukan soal kecintaan kepada Allah, Rasul atau agama. Aku bicara soal cinta kepada manusia. Jika bicara soal cinta kepada Allah, Rasul dan Agama ini sudah semestinya suatu kewajipan

Aku bicara soal cinta kepada pasangan yang kita cintai. Pasangan yang kita terima lafaz nikahnya pada hari bersejarah dalam hidup kita.

Aku seperti kebanyakan manusia telah banyak kali jatuh cinta. Melihat wanita yang kita minat, tidak semua akan membawa kepada perasaan cinta. Hanya ada satu wanita akan membawa kita kepada alam cinta yang penuh fantasi dan bahagia. Itulah bakal isteri kita.

dan kini aku sudah menikahi wanita yang aku cintai selama ini. Betapa seronoknya apabila sebuah penantian bertemu jawapan akhirnya. Banyak orang mungkin melalui fasa yang aku lalui. 



Apabila kamu meminati seorang wanita, tetapi kamu menjaga ikhtilatnya sehingga kamu tidak mahu menghubunginya kerana malu dan rasa hormat padanya. Izzahnya wanita apabila dia menutup aurat dan menjaga pergaulan dia. Sungguh aku ketika itu apabila melihat dia, aku tidak bisa melakukan apa-apa melainkan aku berbicara kepada Allah.

Ya Allah sungguh aku tidak tahu mengapa aku cinta dia, tetapi engkau tunjukkanlah jalan untuk aku mendapatkan dia. Sungguh syahdu ketika aku mencintai seorang wanita sedang aku ketika itu berada di Sarawak dan dia berada di Semenanjung.

Aku bisa terus menghubungi dia dan ucapkan perasaan aku, atau menziarahi dia dan ajak keluar berdating. Tetapi Izzahnya wanita apabila menjaga pergaulan membuatkan aku sudah tahu dia pasti akan menolak dan membenci aku kerana mengajak dia membuat maksiat. Berbeza ketika ini aku melihat betapa ramai wanita yang mudah sahaja keluar berdua-duan dengan lelaki. Seolah-olah mereka seperti sudah halal dan bahagia. Kesian aku melihat meraka dan semoga mereka tidak terlanjur dengan godaan nafsu dan syaitan.

Sungguh cinta memang bahaya kerana ia jika tidak dikawal akan membawa manusia kepada penyakit rindu, penyakit sayang, penyakit selalu ingin menyebut-nyebut namanya dan sebagainya. Jika tidak bisa bertemu akan membuat serba tidak kena. bak kata pepatah arab

"cinta itu buta dan tuli"

berapa ramai orang menjadi keras hati dan tidak makan nasihat kerana cinta. Berapa ramai orang menjadi gila kerana putus cinta.

semoga bersambung kisah ini.......

Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur