membina pemimpin

bila bercakap tentang pemimpin, lihat di cermin dan kitalah pemimpin kepada diri sendiri awalnya.
Kita masih awal dan sedang melalui perjalanan yang tidak tahu bila noktah akhirnya.
Atau mungkin kita sudah lama melalui kehidupan ini tetapi kemana kita membawa diri dan keluarga kita sebenarnya?



apa ukuran kejayaan kita sebagai pemimpin di muka bumi ini. Pemimpin yang rasuah dan pencuri adalah lahir daripada rakyat yang rasuh dan pencuri juga. Ia tidak boleh lari. Itu adalah formulanya.

Justeru untuk mencari pemimpin yang soleh, warak dan tawadhuk di kerajaan kita, seharusnya bermula dengan diri kita dan pendidikan anak-anak kita. Keputusan, tindakan dan pendidikan yang kita beri hari ini akan membentuk pemimpin masa hadapan kita. 

Tetapi cukupkah hanya setiap orang hanya mementingkan diri sendiri dan membuat acuan sendiri tanpa menyatukan semua yang dididik itu di dalam satu acuan dan gerabak? Mungkin itulah sesuatu hikmah yang sudah hilang dan boleh direncanakan oleh sesiapa yang memahami.

Pemimpin seharusnya dibentuk daripada awal, bak kata pepatah melayu " melentur buluh biarlah dari rebungnya". Sejauh mana orang melayu kini menghayati dan menterjemahkannya dalam nyata?
Begitu juga gerakan-gerakn perubahan yang ada? mungkin inilah kunci untuk berjaya dalam pertarungan yang semakin mencabar?

Peminpin harus kuat, harus ada dokongan kuat, harus ada sokongan kuat, harus ada kekuatan massa dan kekuatan ketenteraan, berjiwa besar dan punyai visi dan misi. Ia harus bermula daripada diri sesiapa sahaja. Prosesnya mesti susah, rumit, mencabar mental, tidak manja dan menguji sehingga lahir sebuah kekuatan sosok manusia. Umpama besi yang ditempa menjadi keris, umpama batu bata yang dibakar sebelum menjadi batu yang mendirikan bangunan.


namun, yang lebih utama....pemimpin itu mesti kuat akarnya...itulah akidah yang benar....


Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur