ke KL kembali..dan nilai sebutir beras..

Alhamdulillah aku selamat sampai KL kembali. Inilah tempat aku dibesarkan sejak darjah 3. Aku tahu selok belok wangsa maju kerana inilah kawasan aku membesar. Kini kawasan ini menjadi kota batu. Sudah semakin banyak rumah-rumah tinggi naik mencakar langit. 
sedar tak sedar aku sudah berusian 32 tahun pada tahun ini. 

Malam ini aku bawak abah dan adik aku makan nasi kandar yaasen dekat chow kit. restoren ni memang popular dengan nasi kandar dia. walaupun pedas. Tapi mengancam. Sambil kami makan, ada pula mamat indonesia bawak gitar menyanyi  menghiburkan pelanggan. Aku tahu dia mesti berharap orang bayar dia. Begitulah kehidupan kota, siapa mahu hidup kena rajin buat apa sahaja kerja. InsyaAllah rezeki ada.

balik rumah mak, aku mencapai laptop dan membaca sedikit journal-journal berkaitan sebab esok pagi aku kena kembali ke FIdec untuk sambung kerja-kerja aku di sana. Fathin mesej aku kabor Dr Nurul Cuti lagi kerana anak dia sakit. Alamak, cancel la nampaknya meeting pagi esok di MIAT. Sepatutnya aku kena ke UniKL MIAT pagi esok untuk berjumpa Dr Nurul. Aku doakan agar anak dia segera sembuh. Memang kalau anak sakit, ibu bapa mesti susah hati. ok. itu aku faham sebab aku pernah alaminya. Petang esok jadual aku masih seperti biasa untuk masuk Lab dan teruskan kerja-kerja. Aku harap esok boleh balik Manjung selepas jam 4 petang. 



Aku terlepas meeting Pembina Mimet malam tadi. Harap-harap mereka dapat bincang planning semester ini. Mata semakin berat terasa. Adik aku masih tak tidur, jadi aku pun cuba bertahan sambil bersembang- sembang dengan dia. Fuh.. sesekali kena luangkan masa dengan adik aku . mana taknya, sekarang masing-masing dah ada kerjaya.  Abah dan mak pula dah lama melabuhkan badan di bilik mereka. Abah mesti kenyang gila malam ni, dia join aku tadi belasah nasi kandar yaasen. Cuma malam ni, abah bagi pelajaran algi. Dia pesan kalau makan nasi, pastikan pinggan licin tanpa sebutir nasi pun tinggal. Sebab dia kata, dia pernah hidup bersama petani dan melihat susahnya petani untuk mendapatkan sebutir beras. Aku pun sentap dan tersedar selama ini aku ambil ringan perkara ini.


Ok. bye

Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur