fasa kehidupan

kehidupan kita semua terus berjalan seperti api lilin yang terus membakar, cuma kita tidak tahu bila api akan padam. Begitulah seperti ungkapan Alang ibrahim, memesan kepada aku agar ingatkan abah agar datang melawat dia bila-bila segera, takut lampu padam awal katanya.

Aku seperti anda semua meneruskan kehidupan sebagai seorang khalifah kepada diri aku, keluarga aku dan dalam pekerjaan aku. Ketika ini apabila sudah memasuki fasa bekerja dan berumah tangga ditambah lagi terlibat dalam gerakan NGO. membuatkan masa-masa kehidupan kita berubah dengan orang lain. Tetapi ada hikmah dalam agama islam ini yang akhirnya akan membawa setiap lelaki pada titik temu masa dan ruang. sesibuk manapun kita akhirnya akan bertemu jua di rumah Allah. Bertemu jua di barisan saf solat berjemaah. Alhamdulillah. Tetapi sedih juga kadang-kadang aku juga terlepas solat berjemaah di surau.

Apa alasan aku nak beri? tiada alasan sebenarnya melainkan kelalaian dan kealpaan sendiri dengan dunia yang mempesona. semoga dengan menulis ini memberi aku sedikit keinsafan dan semangat untuk memperbaikinya.

Jadual aku mungkin akan semakin berubah kerana aku kena pergi ke Banting setiap minggu untuk bulan ini. aku perlu membuat kerja-kerja Phd aku di Fidec, banting. Aku harap aku dapat menyiapkan kerja-kerja persiapan sample secepat mungkin agar aku dapat lajukan progress Phd aku.

Anak-anak pula semakin membesar dan aku mula belajar menjadi ayah yang mithali dan bertanggungjawab. Agak mencabar juga zaman sekarang ini. Paling susah nak mencari sekolah terbaik untuk anak-anak. Nak merancang perjalanan pendidikan mereka ke hadapan. Nampaknya aku terlupa untuk membuat garis kehidupan untuk setiap anak-anak. InsyaAllah aku akan buat secepat mungkin.  

Kerjaya aku tahun ini, aku mengajar subjek Technical math 1 dan Static and dynamics.  dua subjek ini boleh kata subjek kegemaran aku. Melihat muka-muka anak murid, menambah keazaman aku untuk mengajar dan pada masa sama memberi inspirasi, motivasi dan tazkirah. Aku sedar Allah swt telah memberi aku peluang mudah untuk berdakwah. Kalau seorang ustaz sentiasa berceramah di masjid, aku pula melihat setiap kuliah yang aku ajar adalah peluang untuk aku menyampaikan ilmu dunia dan juga diselitkan ilmu akhirat. Alhamdulillah. Aku masih ingat pesan Dr. Zainurrasyid. Jangan jadikan kerjaya menghalang kerja-kerja dakwah. Susun kerjaya agar seiring dengan dakwah.

Juga aku teringat kata-kata Dr. Hafidz, sahabat aku bagaimana dia boleh menghabiskan PhD on time dan pada masa terlibat aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Subhanallah orang-orang hebat sentiasa memberi inspirasi. 

aku pada masa sama masih teringat pesan Ust Shaharuzzaman ketika kuliah subuh di masjid UTP, beliau ingatkan bahawa menjadi kewajipan untuk kita berjuang membantu saudara kita di Palestin. Semua ini bermula dengan diri kita dahulu. Berubah dan terus berubah. Wajib membantu, kerana siapa kuasai baitul maqdis, maka dia akan kuasai dunia..



Untuk itu kita wajib membina generasi ini bermula dengan membina akidah dan kekuatan sehingga terlihat melalui penuhnya saf solat subuh sama seperti solat jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur