Bagaimana anta buat untuk khusyuk dalam solat?




Soalan ini tiba-tiba ustaz tanya kat aku minggu lepas. tersentak rasa macam dah lama tidak ambil berat soal khusyuk dalam solat.

terbayang-bayang saat solat anak-anak memanjat, menonggeng bagai ketika aku solat. Allah.
Kitab madarij Salikin ada membicarakan bab khusyuk dan level-level dia.

Allah..Allah... rasa macam susahnya nak khusyuk dan sampai kepada satu noktah. Ustaz kata Khusyuk itu, menurut ulama terdahulu terletak pada hati.

hati adalah tempat khusyuk, bukan serban, jubah dan sebagainya. ketundukan hati, ketenangannya dan sebagainya. Mungkin kalian boleh cari buku madarij salikin. Atau mana-mana buku rujukan yang lain.

satu Ustaz pesan, kalau boleh ketika solat, jangan bawa Hp. Mungkin itu adalah tambahan untuk mengelakkan gangguan ketika solat pada masa ini.

Juga kami bincangkan berkenaan membawa anak ketika solat di masjid. Alhamdulillah banyak tips diberikan.


Hasil carian imej untuk khusyuk dalam solat

Bagaimana mahu khusyuk?
1. datang awal
2. faham bacaan
3.tenang.
4. pakai minyak wangi
5. niatkan sebelum solat " aku mahu khusyuk"
6. istighfar dalam hati, jika terasa fikiran melayang ketika solat.
7. memandang tepat tempat sujud
8. rebut saf pertama.
9. solat berjemaah
10. membaguskan bacaan al -quran dan melagukan dengan bagus.

Bagi aku, walaupun susah, tetapi kalau kita benar-benar usaha dan belajar. InsyaAllah kita akan dapat konsisten.

Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur