Posts

Showing posts from February, 2018

membina pemimpin

Image
bila bercakap tentang pemimpin, lihat di cermin dan kitalah pemimpin kepada diri sendiri awalnya. Kita masih awal dan sedang melalui perjalanan yang tidak tahu bila noktah akhirnya. Atau mungkin kita sudah lama melalui kehidupan ini tetapi kemana kita membawa diri dan keluarga kita sebenarnya?


apa ukuran kejayaan kita sebagai pemimpin di muka bumi ini. Pemimpin yang rasuah dan pencuri adalah lahir daripada rakyat yang rasuh dan pencuri juga. Ia tidak boleh lari. Itu adalah formulanya.
Justeru untuk mencari pemimpin yang soleh, warak dan tawadhuk di kerajaan kita, seharusnya bermula dengan diri kita dan pendidikan anak-anak kita. Keputusan, tindakan dan pendidikan yang kita beri hari ini akan membentuk pemimpin masa hadapan kita. 
Tetapi cukupkah hanya setiap orang hanya mementingkan diri sendiri dan membuat acuan sendiri tanpa menyatukan semua yang dididik itu di dalam satu acuan dan gerabak? Mungkin itulah sesuatu hikmah yang sudah hilang dan boleh direncanakan oleh sesiapa yang mem…

Bagaimana anta buat untuk khusyuk dalam solat?

Image
Soalan ini tiba-tiba ustaz tanya kat aku minggu lepas. tersentak rasa macam dah lama tidak ambil berat soal khusyuk dalam solat.
terbayang-bayang saat solat anak-anak memanjat, menonggeng bagai ketika aku solat. Allah. Kitab madarij Salikin ada membicarakan bab khusyuk dan level-level dia.
Allah..Allah... rasa macam susahnya nak khusyuk dan sampai kepada satu noktah. Ustaz kata Khusyuk itu, menurut ulama terdahulu terletak pada hati.
hati adalah tempat khusyuk, bukan serban, jubah dan sebagainya. ketundukan hati, ketenangannya dan sebagainya. Mungkin kalian boleh cari buku madarij salikin. Atau mana-mana buku rujukan yang lain.
satu Ustaz pesan, kalau boleh ketika solat, jangan bawa Hp. Mungkin itu adalah tambahan untuk mengelakkan gangguan ketika solat pada masa ini.
Juga kami bincangkan berkenaan membawa anak ketika solat di masjid. Alhamdulillah banyak tips diberikan.


Bagaimana mahu khusyuk? 1. datang awal 2. faham bacaan 3.tenang. 4. pakai minyak wangi 5. niatkan sebelum solat &q…

ke KL kembali..dan nilai sebutir beras..

Image
Alhamdulillah aku selamat sampai KL kembali. Inilah tempat aku dibesarkan sejak darjah 3. Aku tahu selok belok wangsa maju kerana inilah kawasan aku membesar. Kini kawasan ini menjadi kota batu. Sudah semakin banyak rumah-rumah tinggi naik mencakar langit.  sedar tak sedar aku sudah berusian 32 tahun pada tahun ini. 
Malam ini aku bawak abah dan adik aku makan nasi kandar yaasen dekat chow kit. restoren ni memang popular dengan nasi kandar dia. walaupun pedas. Tapi mengancam. Sambil kami makan, ada pula mamat indonesia bawak gitar menyanyi  menghiburkan pelanggan. Aku tahu dia mesti berharap orang bayar dia. Begitulah kehidupan kota, siapa mahu hidup kena rajin buat apa sahaja kerja. InsyaAllah rezeki ada.
balik rumah mak, aku mencapai laptop dan membaca sedikit journal-journal berkaitan sebab esok pagi aku kena kembali ke FIdec untuk sambung kerja-kerja aku di sana. Fathin mesej aku kabor Dr Nurul Cuti lagi kerana anak dia sakit. Alamak, cancel la nampaknya meeting pagi esok di MIAT…

fasa kehidupan

kehidupan kita semua terus berjalan seperti api lilin yang terus membakar, cuma kita tidak tahu bila api akan padam. Begitulah seperti ungkapan Alang ibrahim, memesan kepada aku agar ingatkan abah agar datang melawat dia bila-bila segera, takut lampu padam awal katanya.

Aku seperti anda semua meneruskan kehidupan sebagai seorang khalifah kepada diri aku, keluarga aku dan dalam pekerjaan aku. Ketika ini apabila sudah memasuki fasa bekerja dan berumah tangga ditambah lagi terlibat dalam gerakan NGO. membuatkan masa-masa kehidupan kita berubah dengan orang lain. Tetapi ada hikmah dalam agama islam ini yang akhirnya akan membawa setiap lelaki pada titik temu masa dan ruang. sesibuk manapun kita akhirnya akan bertemu jua di rumah Allah. Bertemu jua di barisan saf solat berjemaah. Alhamdulillah. Tetapi sedih juga kadang-kadang aku juga terlepas solat berjemaah di surau.
Apa alasan aku nak beri? tiada alasan sebenarnya melainkan kelalaian dan kealpaan sendiri dengan dunia yang mempesona. se…

Kami mencipta sejarah!

Image
Gambar sempena Kempen Subuh berjemaah oleh ISMA  Seri Iskandar dan Ceramah Selamatkan Masjid Al-Aqsa di Masjid UTP. 
Selepas Ceramah kami buat pertandingan Futsal pula di UTP. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
kempen ini dijalankan serentak oleh semua cawangan ISMA di Malaysia. Alhamdulillah. Boleh tengok di facebook Indahnya Islam gambar-gambar di negeri lain.
#MalaysiaSubuhBerjemaah
#selamatkanAlAqsa