Semester baru bermula


Setelah berakhir semester July 2017, kini memasuki semester baru Jan 2018. Hanya pensyarah akan kisah pasal semester ini. Aku menghitung jadual dan kegiatan untuk semester baru, semoga segalanya berjalan lancar.

tidak banyak perkara berlaku minggu ini untuk dikongsikan melainkan ada beberapa projek yang aku kena selesaikan.

Untuk program BIDAK, aku kena segera dapatkan beberapa masjid untuk jalankan kerjasama. Sempena kempen subuh berjemaah pada 31 Jan 2018 ini. Untuk program NAzim, aku kena plan dengan wife untuk buat di taman perumahan aku ini. Kalau kat surau rumah aku, agak payah sikit sebab ada insiden berkaitan anak aku. Deme kena ban. adoi. jadi aku solat di masjid taman sebelah.

Untuk Vlog, plan nak buat short movie yang pertama dengan anak-anak usrah. harap-harap berjaya. tak tahu lah, yang berbakat berlakon semua dah pergi intra jauh-jauh. Jadi mana yang ada aku ambil sahaja. Malangnya kamera aku jatuh, anak tarik, pecah screen display. tapi masih berfungsi. Adoi. Apa nak buat. Alhamdulillah satu malam sahaja abih shooting. Tengah buat editing. 

Untuk PhD, aku kena siapkan progress report dan buat proposal semula sebab banyak lagi tidak cukup. Juga dalam dilema sebab samada nak tukar material atau kekal dangan yang asal. masalah sekarang tiada geran sahaja. jadi aku kena buat proposal untuk geran juga.

aku belek-belek berita, Allah Gaza kenas serang semalam. Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di sana. Sempadan Rafah ditutup. Memang aku rasa gila dah aku kalau aku duduk Gaza. Entah macam mana mereka boleh kuat, patut lah Allah takdirkan mereka di sana. Kekuatan mental dan fizikal memang power. Kalau orang Malaysia, isu air xde sahaja dah bising, belum lagi isu harga minyak dan  sebagainya. Orang palestin, dah berkurun mereka dikepung, masih bertahan. MasyaAllah. 

Palestin memang real dan bukti kebenaran Al-Quran. Kisah bani Israel yang mana kini keturunan merekalah yang mem buat kerosakan di bumi Palestin. 

Di bumi malaysia, bangsa apakah pula yang membuat kerosakan. Ini kena kaji sejarah. Sejarah dulu dan kini. Kalau tidak kita memang senang dipegunakan dan akhirnya semua tanah dan kuasa kita dirampas secara halus. Meskipun kini sudah mula nampak tanda-tanda kita mula hilang kuasa mengamalkan agama dan undang-undang kita sendiri. 

Dengar cerita Pilihanraya sudah dekat. aku pun tidak faham, kenapa la nak rahsia sangat pilihanraya ni, bagitahu je la bila tarikh, senang la sikit. Ini tidak banyak pula rahsia, banyak pulak spekulasi. Kalau kita betul-betul buat kerja, betul-betul turun padang buat kerja, insyaAllah yakin menang, mesti kita tidak perlu nak rahsia-rahsiakan tarikh PRU. 

Kat Malaysia ni, itulah. menyusahkan betul. Tarikh PRU pun rahsia. Kalau bagitahu awal-awal senang la rakyat nak melihat siapa yang benar-benar jujur, ikhlas dan berkhidmat utk rakyat. Ini tidak, dekat PRU baru nampak batang hidung. Puih...berlakon tak sudah.




Comments

Popular Posts