Melangkah Tahun 2018

Malam ini aku meraikan tahun baru dengan perjumpaan group pemuda ISMA SI. Setelah lama merancang akhirnya kami berjaya mengumpulkan semua ahli pada malam ini. Maklumlah semua sibuk dengan kerja masing-masing. Alhamdulillah majoriti dapat datang. Abang long pun turun sekali.

Banyak yang kami bincangkan, tetapi yang paling best. Kami tetapkan KPI baru untuk group kami tahun 2018. Aku tidak boleh cerita semua disini. Tapi antara yang paling best.
1. setiap bulan target mesti senaman berbentuk berlari/berjalan mencapai 30 km setiap orang.
2. membaca Quran paling kurang sehelai setiap hari.



ada banyak lagi yang kami tetapkan, tapi bagi aku ini cukup memadai untuk memberi inspirasi kepada ahli group pemudi ini untuk bangkit semula. Mungkin bagi sesetengah orang ini perkara biasa. Tetapi bagi aku ini lebih baik daripada buat group merapu dan tiada faedah. Semoga beberapa lagi target kami akan dapat dilaksanakan oleh semua ahli.

Tahun ini dari segi kekeluargaan semakin mencabar dan memerlukan kita sebagai bapa untuk memastikan anak-anak dapat mengikuti sistem pendidikan Malaysia yang semakin advance silibus dia. Mana tidaknya sekarang kena pulun agar anak aku mesti dah pandai membaca dan melakukan operasi asas matematik sebelum masuk tahun 1. Ini belum cerita bab mengaji dan sekolah agama. Bagi aku, perkara utama anak aku mesti pandai mengaji Al-quran. Sebab bila dia dapat mengaji, otak dan hati dia akan semakin bersih dan cerdas. Ayyash akan mula sekolah tadika jugak ikut abang nya Umar. Harap-harap segalanya ok. Kalau x ok, kena la cepat-cepat fikir dan selesaikan.

Tahun 2018 ini jugak Aku berharap aku dapat menjadi suami yang lebih baik. Bila renung kembali, banyaknya kelemahan aku sebagai suami. 

Cerita bab kerjaya dan phd, memang tidak akan habis. banyak usaha aku kena letakkan untuk berjaya dalam kerjaya dan pHd. Tapi aku tidak mahu push sangat dan berharap segalanya berjalan lancar.

Bab dakwah, aku berharap aku dapat memperbaiki kelemahan tahun lalu dan memberikan yang terbaik pada tahun ini. Aku tidak mahu menjadi ahli ISMA yang hanya buat suka-suka ikut dan sahaja. Aku mahu melahirkan sebanyak mungkin pelapis dakwah dan memberikan apa yang ada untuk dakwah.

Memang mudah untuk menulis, tetapi bukan mudah untuk melaksanakan dan mengamalkannya secara istiqamah. Tetapi jangan fikir sangat, buat sahaja dan serahkan pada Allah untuk menentukan ia.

Sebagai anak, aku berharap aku dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk terus berdakwah kepada ahli keluarga sendiri. dapat membantu mak abah pergi haji, membelikan kereta baru untuk abah dan mak. Serta aku mahu menambahkan jumlah duit belanja yang aku beri kepada mak setiap bulan. Semua ini tidak akan mampu kita membalas jasa mak abah. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha memberikan yang terbaik. Seorang mak mampu menjaga sepuluh anak, tetapi sepuluh anak belum tentu boleh jaga mak seorang. Inilah realiti zaman sekarang. 

semoga kita dapat menjadi anak soleh dan hamba Allah yang bertaqwa. Belum cerita bab umat islam di tempat lain. Bagaimana palestin, Iraq, Afghanistan, Syiria, Rohingya dan sebagainya. Aku tidak boleh bayangkan bagaimana kehidupan mereka akan datang. Susahnya hidup mereka memang kesian. Semoga tahun 2018 ini aku dapat membantu saudara-saudara aku di bumi islam yang lain walau dengan cara apa sekalipun yang aku mampu. 

untuk memastikan aku dapat melaksanakan tugas sebagai parajurit dakwah. Presiden ISMA telah menggariskan 12 ciri siap siaga yang aku kena hayati setiap masa. Kalau tiada ciri-ciri ni memang hampeh la senang cerita. Dakwah akan jadi lambat dan banyak masalah. 12 ciri-ciri itu adalah

  1. berilmu dan berketrampilan
  2. cekap dan profesional
  3. gagah, berani dan bijaksana
  4. pintar dan bijak berbicara
  5. cekal dan berdisplin
  6. sopan santun dan berbudi bahasa.

Oleh itu, aku berharap aku akan lebih menghayati 12 ciri-ciri siap siaga diatas pada tahun 2018 ini. 



Comments

Popular Posts