Farid Kamil dan aku


Apabila kecoh satu negara Dato Farid Kamil ditangkap dan positif dadah. Aku pun terkejut, tetapi aku berada satu tapak dihadapan. Kenapa? kerana aku pernah berada dalam situasi dimana abang aku jadi macam tu. 

Aku ade 5 orang abang, jadi aku boleh rahsiakan identiti dia. Cuma aku nak kongsi, kadang-kadang bukan salah dia jadi macam tu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia berlaku. Dunia internet sekarang ini begitu cepat menghina dan mengeji seseorang. Nasib la sebab dia artis dikenali. 

Apabila abang kita kena tahan polis, masa ni jangan harap sangat kawan-kawan nak tolong. yang akan tolong samada mak bapak dan adikd beradik kita. Merekalah yang perlu rapat dan bantu ikat jamin dan sebagainya. Kita tidak tahu perkara sebenarnya apa yang berlaku kepada Farid Kamil. 
sampai dia amik ganja. Adui, mesti ade sebab. Dia orang baik dan ada akal, kita semua kenal. Tapi kadang-kadang bila hilang arah dan punca. Kita cenderung melakukan sesuatu.

Aku rasa kalau dia waras masa tu, dia takkan tampar dan tendang polis dan brader tu. Biasanya dibawah pengaruh dadah memang tak sedar. Aku pernah tengok abang aku mengamuk tiba-tiba, sampai nak bakar kereta adik ipar dia. Terkial-kial aku kejar dia masa tu x waras dah pi kedai-kedai cari botol minyak nak bakar. Aku masa tu umur budak hingusan sahaja. Memang sedih giler. Mak aku dengan aku terjerit-jerit merayu kat dia, tapi dia tidak sedar sebab dadah. Allah.

Aku faham benar bila kes Farid Kamil ni, InsyaAllah bila dia dah sedar, memang dia akan menyesal. Tapi apa nak buat, undang-undang tetap undang-undang. Kena bicara sahaja lah. Tapi kesan pada isteri memang padu, sebab dia orang terkenal.

Aku nasihat kepada kelaurga dia, tolong farid kamil sampai bicara. tolong sebab ahli keluarga sahaja boleh harap. Orang luar belum tentu. 


Kadang-kadang aku fikir masa dulu, abang aku kena tangkap polis adalah berkat doa mak aku. menangis dia lepas solat berdoa agar Allah selamatkan anaknya. Kita dah jenuh nasihat, akhirnya dapat call Polis kata dia kena reman. Alhamdulillah. Lebih kurang risau bila polis jaga. sampai tahap tu.

Bila kena tahan polis, bagi aku itu tandanya Allah sayangkan dia, mungkin berkat doa isteri dan mak dia supaya selamatkan dia, kalau tidak dia entah pukul sesapa kat jalan, tidak ke naya kalau orang lain belasah dia sampai lenjun. Kat balai, polis tahan selamat la kot. Orang yang bawah pengaruh ni, senang je, jangan kita kasar dengan dia, jangan bagi dia marah. Ada hikmah semua ni. ALlah sayangkan dia.

Aku yakin benar, ade la tu sesapa provoke dia sampai nak tampar dan tendang. Orang macam ni kena cakap perlahan-lahan dan diplomasi. Aku respek kat sorang abang aku, kira taiko la dalam keluarga kami. Abang aku yang kena dadah ni, kalau dia mengamuk ke ape ke, mak aku mesti akan call achoy abang aku ni. sebab dia je pandai slow talk dan diplomasi dengan abang aku sorang ni. Aku pun x boleh nak salahkan abg aku ni kenapa dia jadi macam ni.

Suasana persekitaran kami dulu memang banyak negatif dan bahaya. Alhamdulillah berkat kesabaran keluarga dan mak ayah. sekarnag abang aku ni sedang mengikuti pantauan polis dan kaunseling dengan AADK.

Kepada keluarga Farid Kamil, aku nasihat tolong dia dan jangan sisihkan dia. Dia dah besar, insyaAllah dia boleh fikir. Cuma sebab dia artis, jadi contoh tidak baik la napak gaya dan pelaris media massa. Manusia tidak sempurna, mesti diberi peluang kali kedua.

Kita kena sedar, di luar sana tu, ada berpuluh kes dadah macam ni, berpuluh ribu keluarga merana dan menderita. Terima kasih Polis dan AADK. Teruskan usaha anda.
sama-sama kita membantu kawan-kawan yang terdekat dan ahli keluarga yang terdekat. 



Adios. 

Comments

Popular Posts