Posts

Showing posts from January, 2018

Tiada yang mustahil !!

Image
AKhirnya projek ini siap juga. Berbagai cabaran dan dugaan dihadapi sepanjang projek ini. Aku belajar banyak perkara melalui projek ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Jenis catamaran ini, mempunyai dua Hull dibawahnya, menggunakan dua enjin dengan setiap satu berkuasa 115 Hp.  Kami menggunakan fiberglass dan core structure adalah steel. Pilihan warna adalah mengikut pilihan pelanggan. Memang cool warna hijau seperti petronas, digabungkan dengan warna bumbung yang menyerlah. terbaik.
Bot ini milik Majlis Bandaraya Ipoh yang dibina oleh UniKL MIMET,  Rivercruise 40 Seater yang akan ditempatkan di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Rivercruise ini dijangka dapat mengurangkan jangkamasa menunggu di jeti Gunung Lang bagi pelawat-pelawat yang ingin melihat keindahan dan berkelah di taman tersebut. Jemput datang beramai-ramai melawat Taman Rekreasi Gunung Lang sambil menaiki bot buatan #UniKLMIMET ini. Bot dijangka akan berada di Ipoh pada  akhir Jan 2018.













Semester baru bermula

Image
Setelah berakhir semester July 2017, kini memasuki semester baru Jan 2018. Hanya pensyarah akan kisah pasal semester ini. Aku menghitung jadual dan kegiatan untuk semester baru, semoga segalanya berjalan lancar.
tidak banyak perkara berlaku minggu ini untuk dikongsikan melainkan ada beberapa projek yang aku kena selesaikan.
Untuk program BIDAK, aku kena segera dapatkan beberapa masjid untuk jalankan kerjasama. Sempena kempen subuh berjemaah pada 31 Jan 2018 ini. Untuk program NAzim, aku kena plan dengan wife untuk buat di taman perumahan aku ini. Kalau kat surau rumah aku, agak payah sikit sebab ada insiden berkaitan anak aku. Deme kena ban. adoi. jadi aku solat di masjid taman sebelah.
Untuk Vlog, plan nak buat short movie yang pertama dengan anak-anak usrah. harap-harap berjaya. tak tahu lah, yang berbakat berlakon semua dah pergi intra jauh-jauh. Jadi mana yang ada aku ambil sahaja. Malangnya kamera aku jatuh, anak tarik, pecah screen display. tapi masih berfungsi. Adoi. Apa nak b…

Farid Kamil dan aku

Image
Apabila kecoh satu negara Dato Farid Kamil ditangkap dan positif dadah. Aku pun terkejut, tetapi aku berada satu tapak dihadapan. Kenapa? kerana aku pernah berada dalam situasi dimana abang aku jadi macam tu. 
Aku ade 5 orang abang, jadi aku boleh rahsiakan identiti dia. Cuma aku nak kongsi, kadang-kadang bukan salah dia jadi macam tu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia berlaku. Dunia internet sekarang ini begitu cepat menghina dan mengeji seseorang. Nasib la sebab dia artis dikenali. 
Apabila abang kita kena tahan polis, masa ni jangan harap sangat kawan-kawan nak tolong. yang akan tolong samada mak bapak dan adikd beradik kita. Merekalah yang perlu rapat dan bantu ikat jamin dan sebagainya. Kita tidak tahu perkara sebenarnya apa yang berlaku kepada Farid Kamil.  sampai dia amik ganja. Adui, mesti ade sebab. Dia orang baik dan ada akal, kita semua kenal. Tapi kadang-kadang bila hilang arah dan punca. Kita cenderung melakukan sesuatu.
Aku rasa kalau dia waras masa tu, dia takkan t…

kena marah lagi bawak anak ke masjid

Image
kadang-kadang kita terpaksa angkut semua anak-anak ke masjid. Bukan sengaja, tetapi ada sebab. Kita cuba kawal sebaik-baiknyer. tapi dah namanya budak-budak. Mesti dia ada main sikit-sikit. Mungkin sesetengah orang faham, mungkin sesetengah orang tidak faham.
Tetapi tiada orang yang ingin datang bertanya dan memeluk anak-anakku. (isteriku kurang sihat ini malam nak bagi dia rehat 15 minit shj). Rasa macam hina dan kejinya membawa anak-anak ke masjid.



Rasa lain kali kalau bawak anak ke masjid, nak seleteb dan ikat kaki tangan anak-anak agar tidak ganggu solat. Tapi takkan la nak buat macam itu, jadi kes lain pulak.
Bila isteri sakit - kita cuba bagi sedikit kerehatan bawak anak-anak ikut ke masjid. Boleh sahaja bawak ke shopping mall. Tapi bocor la duit nanti dan tidak sesuai sebab akan jadi lama, waktu malam pula dan sebagainya. Masjid la sesuai. sebab tempat tenang dan damai, disamping kita boleh solat berjemaah.
Dimasjid jugak kita rasa dekat dengan Allah, kita nak doa agar Allah semb…

bila isteri jatuh sakit

Image
Alhamdulillah setelah dua hari isteri ku sihat kembali. Oh nikmat apakah ini, seperti hidup kembali cergas. begitulah lumrah kehidupan, apabila isteri tidak sihat, kucar kacirlah kehidupan si suami.
Mengambil alih beberapa tanggungjawab menguruskan anak-anak, memasak, membersihkan rumah, membawa ke klinik, membasuh baju, tidurkan anak-anak, mengejutkan anak-anak, memandikan dan sebagainya. Jika sebelum ini tugas-tugas ini dilakukan bersama-sama. tetapi kadang-kala Allah beri masa untuk uji kita.
Alhamdulilah isteriku sudah sihat kembali. Inilah nikmat dalam berumah tangga. Kita akan rasa apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Bagi sahabat yang belum berkahwin, segeralah berkahwin, InsyaAllah banyak pekara akan mematangkan kita sebagai lelaki.

Antara perkara yang aku lakukan kini di rumah seperti:
1. kejut anak-anak bangun pagi, mandikan mereka, soalt subuh, srapan bersama-sama. 2. menghantar mereka ke sekolah 3. menjemur pakaian 4. pergi kerja. 5. jam 5 petang - ambil anak…

akhirnya bot wakaf Ar-Ridzuan diserahkan kepada MAIPk

Image
Tahun lepas kami di UniKL MIMET menerima sebuah projek daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak bagi membina sebuah bot 30 meter untuk wakaf nelayan.

Alhamdulillah pembinaan bot berkenaan telah selesai dan telah diserahkan kepada MAIPk. Majlis secara sedarhana sebagai simbolik penyerahan telah diadakan di UNIKL MIMET.

Saya sebagai part time youtuber la kononya pun telah semangat merakam detik-detik bersejarah berkenaan. Alhamdulillah kini anda boleh saksikan melalui channel youtube saya "mun'aim idrus"

Mudah cerita saya letakkan di bawah  supaya anda senang untuk menontonnya. Projek ini telah melalui perbincangan yang ketat di pihak MAIPK dengan majlis Fatwa negeri Perak bagi memastikan projek bot waqaf ini dapat membina ekonomi ummah.

Bot ini nanti akan disewakan oleh persatuan nelayan. Hasil sewaan akan dibahagi dua;
1. 50% akan dimasukkan ke tabung penyelenggaraan
2. 50% lagi akan dimasukkan ke dalam tabung modal pusingan bagi membina bot kedua dan seterusnya…

Teknik bonding anak kecil dengan ayah

Image
Satu masalah saya hadapi dengan anak no 3 adalah kurang rapat. Sebab anak no 3 ni dia rapat dengan mak dia. setelah setahun lebih dia masih rapat dengan maknya. Oleh itu, saya pun mencuba berbagai teknik untuk membentuk hubungan yang rapat dengan dia. Antara teknik yang saya gunakan adalah;
1. mandi bersama - Teknik ini entah satu hari wife balik rumah beritahu kawan dia share dengan dia. Katanya berkesan. Bila mandi tu, biar air mandian mengalir daripada bapa kepada baby. haha, bunyi macam lawak, tapi sebab dah wife dah suruh. ikut sahajalah. 2. makan bersama dengan kita (bapa) yang suap dia. 3. bawa dia jalan-jalan waktu petang di padang dan sebagainya. 4. solat bersama dengan dia. Solat sambil dukunng ke, atau letak dia disisi. Yang ni hanya boleh buat di rumah sahaja. 5. basuhkan berak dan tukar lampin dia. 6. Main bersama dia, bergurau senda dan eye contact mesti ada.



kesimpulan saya, banyakkan bapa yang bersama si anak pada waktu siang, dan malam biarkan dia dengan maknya. Teta…

Pesanan Ustaz

Image
kelmarin aku menghadiri liqa dengan ustaz,
Maka ustaz berpesan agar menjaga solat malam. Bangunlah sebelum subuh dan hidupkan masa itu dengan tahajjud dan tilawah Al-Quran. Sesungguhnya daripada situlah datangnya kekuatan untuk melakukan dakwah. Itulah sumber kekuatan seorang dai. Allah.. terasa seolah-olah telah lama aku meninggalkan tahajjud dan tilawah di awal waktu sepertiga malam.
Tahun 2018 ini akan ada lebih banyak tugasan dan program yang aku kena buat untuk dakwah. Ustaz berpesan, disamping kerja mencari rezeki, janganlah dilupakan tugasan dan tanggungjawab dakwah.
Susunlah jadual dan takwim agar semua dapat berjalan seiring dengan matlamat dakwah. Aku menghela nafas panjang dan berharap agar dapat menjadikan ia suatu reality. Semoga Allah mempermudahkan jalan ini meskipun jalannya panjang dan sukar.

Melangkah Tahun 2018

Image
Malam ini aku meraikan tahun baru dengan perjumpaan group pemuda ISMA SI. Setelah lama merancang akhirnya kami berjaya mengumpulkan semua ahli pada malam ini. Maklumlah semua sibuk dengan kerja masing-masing. Alhamdulillah majoriti dapat datang. Abang long pun turun sekali.
Banyak yang kami bincangkan, tetapi yang paling best. Kami tetapkan KPI baru untuk group kami tahun 2018. Aku tidak boleh cerita semua disini. Tapi antara yang paling best. 1. setiap bulan target mesti senaman berbentuk berlari/berjalan mencapai 30 km setiap orang. 2. membaca Quran paling kurang sehelai setiap hari.



ada banyak lagi yang kami tetapkan, tapi bagi aku ini cukup memadai untuk memberi inspirasi kepada ahli group pemudi ini untuk bangkit semula. Mungkin bagi sesetengah orang ini perkara biasa. Tetapi bagi aku ini lebih baik daripada buat group merapu dan tiada faedah. Semoga beberapa lagi target kami akan dapat dilaksanakan oleh semua ahli.
Tahun ini dari segi kekeluargaan semakin mencabar dan memerluka…