Posts

Showing posts from December 14, 2017

Ponteng program dakwah?

Image
Adakah kita merasa sedih, rugi dan tidak beruntung apabila kita tidak dapat menyertai program-program dakwah yang penting?
Perkara ini banyak kali aku merasainya. Adakala rasa rugi, adakala rasa menyesal dan sebagainya. Tetapi kali ini aku terpaksa menarik diri daripada menyertai program jaulah I-guru Seri Iskandar.  Mencipta alasan memang mudah, tetapi melihat kekecewaan dan harapan orang lain amat menyedihkan. Meskipun aku bukan mencipta alasan kali ini. 


Disebabkan urusan kerja yang banyak dan tanggungjawab aku menanda kertas soalan peperiksaan akhir semester, memeriksa dan memperbaiki thesis pelajar tahun akhir, urusan belajar aku sendiri PhD semua ini menuntut kadang kala kita mengundurkan diri sebentar. Orang akan faham dan orang mungkin juga tidak faham. Tetapi mujur jemaah ini ada ruang dan kelogikan yang diberi sehingga kita mampu bernafas dan lega. 
Ada pernah juga saat aku dilanda malas dan ketika lemahnya amal dan iman, aku ponteng beberapa program. Tetapi akhirnya aku se…