Posts

Showing posts from July 27, 2017

luahanku : kawan dan dadah

kadang-kadang  melihat dan merenung masa lalu aku teringat kenangan semasa kat negeri Sarawak dulu. Apabila kawan-kawan share gambar terkini mereka. Betapa masa lalu dan kini begitu cepat berlalu. Aku kini baru sedar dan memahami bahawa sesiapa sahaja yang kita temui. kawan baru yang kita temui dan jika kita sempatr meluangkan masa berbual, memberi sikit masa, mendengar cerita dia. menjadi pendengar yang baik, atau apa sahaja memori yang kita cipta dengan dia. Rupa-rupanya akan memberi satu kesan kepada kawan kita itu mungkin 6,7,8 atau 10 tahun akan datang. Kita selalu mensia-siakan kawan-kawan yang rapat dengan kita dan ia satu kerugian sebenarnya. Hargailah kawan anda, walau siapa pun dia. cara paling mudah adalah sebenarnya menjadi pendengar yang baik kepada dia. Jika kita sakiti hati kawan 10 tahun yang dulu. kita tidak pernah minta maaf. Nescaya memori itulah yang akan timbul andai kita bertemu dengan dia pada masa yang lain. Oleh itu, aku merasakan masa itu akan terus berjalan…