Posts

Showing posts from July 17, 2017

Berfikir dan muhasabah

Image
Hari ini, aku semakin berfikir,

Sejauh mana aku semakin dekat dengan Allah, Apa tanda-tanda aku semakin dekat dengan Dia?
Aku merenung solat malam aku? hampa aku merenung solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak?  hampa, aku merenung sejauh mana tilawah Al-Quran ku? hampa, Aku merenung sebanyak mana dosa dan maksiat aku? Sangat menakutkan  aku merenung berapa sudah aku infaqkan harta utk dakwah?
Lalu sampai bila aku akan sedar? adakah tunggu sehingga Allah menarik satu persatu nikmatNya? Apakah aku mahu menunggu sehingga Allah mendatangkan musibah-Nya sebagai peringatan buatku?
Bukankah sudah sekian banyak musibah dan ujian Allah datangkan dalam hidupku? Kenapa aku masih leka dan lalai? 
Akhirnya aku mengalah dan menyedari bahawa tarbiyah itu harus berterusan. Mesti aku mujahadah untuk menjadikan diri ini seorang hamba Allah yang sang Nabi mahukan. Bukan mudah, tetapi itulah dunia, medan pertarungan, medan juang. Mujur ada kafilah dakwah tempat aku bergantung. tempat aku bergayut…