Ulangtahun perkahwinan ke -6

Detik 9 malam (16 Disember 2011), 6 tahun yang lepas aku bernikah dengan isteri aku. Suasana ketika itu penuh suspen kerana Tok Kadi datang lambat. Orang tua kampung, Telfon bimbit pun dia tidak ada. Tumpor gelisah semua orang menunggu. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt perkahwinan ketika ini bahagia seadanya dengan rezeki yang ada atas kurniaan Allah swt. Apa yang bestnya, kami lupa nak buat sambutan ala-ala dinner. Apa yang sempat aku beli burger 3 ketul. Mana tidaknya isteri sibuk melayan si kecil baby, aku pulak sibuk menanda kertas soalan peperiksaan akhir semester. Kami makan sama-sama kat rumah. Memang simple je, tapi itulah kami nikmati dengan kesyukuran. 
Bila mengenang kembali perkahwinan ini, aku dapat simpulkan beberapa kejadian, pengajaran dan pedoman untuk terus utuh perkahwinan ini;

1. Perkara pertama aku buat silap adalah aku tersalah meminang bakal isteriku. Aku kenal dia, tapi aku salah nama dia. Semasa nak merisik, aku gunakan khidmat baitul muslim. Aku dengan yakin menyebut nama wanita yang aku nak risik adalah Fazura ( bukan nama sebenar, contoh sahaja), Tetapi nama sebenar isteri aku adalah Salehah. Mujur dah jodoh aku dengan Salehah. Perkara ini berjaya dikesan awal-awal dan akhirnya aku tau aku bodoh dan salah nama. 

Gambar selepas akad nikah ( pelamin home made je wei. so simple)

2. Perkahwinan aku semasa aku tiada kerja, baru habis master. Mak bapak aku jugak yang tolong tampung  sebahagian belanja majlis aku.  Nasib baik aku simpan duit biasiswa setiap bulan sikit-sikit. Taubat sekarang aku menyesal menyusahkan mereka. Nasib baik majlis kami buat sedarhana. Pengajaran, untuk anak-anak aku, aku kena simpan awal-awal daripada sekarang. supaya mereka tidak menyusahkan aku nanti.

3. aku bersyukur, bapak mertua aku ada dusun durian dan buah-buahan tempatan seperti cempedak, rambutan, duku langsat, manggis dan lain-lain. Semasa aku berkenan kat isteri aku, aku tak tahupun dia ada dusun durian. haha.

4. Syukur isteri aku bukan jenis wanita yang suka shopping online. Cuma dia kuat selera makan, tapi berat badan kekal seimbang. mungkin sebab jaga 3 hero. huhu.

5. Syukur kami dikurniakan amanah 3 cahaya mata. Lasak dan penuh ujian rupa-rupanya dalam membesarkan anak-anak ni. Ingatkan senang. Ya Allah, kita kena fikir setiap usaha kita besarkan anak-anak ni adalah ibadah. Barulah setiap keletihan itu bertukar syukur dan redha dan positif.


6. Kami suami isteri bertekad untuk mengabadikan masa hidup kami selain daripada menjalani hidup sebagai suami isteri dan ibu bapa, juga kami cuba bergiat aktif dalam NGO untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Kerana kami percaya, usaha dakwah itu tidak cukup sekadar kita jadi muslim yang biasa sahaja. Kita kena keluar dan bantu orang lain. InsyaAllah Allah akan menjaga kita dan keluarga kita. Usaha dakwah itu mestilah dilakukan secara berjemaah.

7. Syukur isteri aku selalu tegur dan nasihat jika aku malas pergi masjid solat berjemaah, malas baca Quran, malas bangun malam dan sebagainya. Inilah rupanya hikmah Nabi suruh pilih wanita yang baik agamanya. Kalau tidak, susah jugak yea.

8. Syukur isteriku menutup aurat dan sopan cara pemakaiannya. Dia juga tidak suka make-up berlebih-lebihan. Disini aku juga sebagai suami cuba untuk menjaga imej dan penampilan aku di luar. Ini kerana seorang isteri suka dan seronok jika suaminya smart, kemas dan segak berpakaian. huhu.

9. Tiada perkahwinan yang tidak goyah dan macam gigi dan lidah, sesekali pasti akan tergigit. Begitu juga la perkahwinan kita ni. sebenarnya lagi selalu kita bergaduh dan selesaikan cepat-cepat lagi bagus daripada pendam-pendam dan meletup. Syukur isteri aku jenis yang berterus terang. Cepat sahaja aku menerima tazkirah dan leteran dia. Tetapi itulah ubat terbaik. Sesekali aku juga hilang emosi, tetapi mujur dengan doa dan berkat amalan-amalan kita jaga hubungan dengan Allah. InsyaAllah terpelihara kita daripada hasutan syaitan.

Inilah antara apa yang aku nak kongsikan. Sekadar yang perlu dan mampu. Ambillah apa yang baik. Contoh yang terbaik adalah Rasulullah saw. Kalau kita nak bahagia, kita kena ikut Nabi. InsyaAllah bahagia.


Aku harap isteri aku tidak baca post ni. :-). Kalau awak kenal dia, tolong jangan kabor dia. malu saya. Saya aktif berblog ni pun senyap-senyap tanpa dia sedar. haha.

Ok. bye.

Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur