Ponteng program dakwah?

Adakah kita merasa sedih, rugi dan tidak beruntung apabila kita tidak dapat menyertai program-program dakwah yang penting?

Perkara ini banyak kali aku merasainya. Adakala rasa rugi, adakala rasa menyesal dan sebagainya. Tetapi kali ini aku terpaksa menarik diri daripada menyertai program jaulah I-guru Seri Iskandar. 
Mencipta alasan memang mudah, tetapi melihat kekecewaan dan harapan orang lain amat menyedihkan. Meskipun aku bukan mencipta alasan kali ini. 

Gambar di Tasik Unimas semasa aku belajar disana.


Disebabkan urusan kerja yang banyak dan tanggungjawab aku menanda kertas soalan peperiksaan akhir semester, memeriksa dan memperbaiki thesis pelajar tahun akhir, urusan belajar aku sendiri PhD semua ini menuntut kadang kala kita mengundurkan diri sebentar. Orang akan faham dan orang mungkin juga tidak faham. Tetapi mujur jemaah ini ada ruang dan kelogikan yang diberi sehingga kita mampu bernafas dan lega. 

Ada pernah juga saat aku dilanda malas dan ketika lemahnya amal dan iman, aku ponteng beberapa program. Tetapi akhirnya aku sendiri menyesal dan merasa rugi. Begitulah sebenarnya kita menipu diri sendiri jika mencipta alasan untuk ponteng program dakwah. Kita rugi pahala yang sangat banyak. Jika kita ponteng program dakwah, tetapi kita membuat pahala lain yang lebih banyak, mungkin boleh pakai juga. tetapi kebanyakkannya kerugian juga akhirnya.

Aku kasihankan isteriku, kerna dia mengharapkan aku menjadi pemandu dia untuk menyertai program Jaulah ini. Tetapi akhirnya dia terpaksa juga tidak dapat pergi gara-gara aku tiada. Kalaulah boleh aku pindahkan seluruh urusan kerja ini kepada orang lain, maka sudah aku pindahkan. Tetapi semuanya tidak boleh. bersabarlah dan doakan agar program tersebut berjalan lancar.

Pada minggu hadapannya pula aku kena fokus untuk menyertai Jaulah Pembina Seri Iskandar. InsyaAllah program yang ini akan aku pastikan agar tidak terlepas sertainya. Aku juga akan menerima kedatangan Jaulah bermotor daripada Pembina Kuala Kangsar pada khamis depan. Alhamdulillah seperti banyak peluang Allah beri untuk aku memberi tenaga, masa dan wang untuk program-program seterusnya.

Apa yang penting, kita terus berjalan walau bertatih. Never stop before we die!

Comments

Popular Posts