Penghujung tahun 2017

Apa yang perlu kita muhasabah dan lihat kembali apabila tiba hujung tahun ini?
Bagi aku sebagai seorang muslim, ada beberapa perkara yang perlu kita muhasabah dan mungkin beberapa kejayaan yang kita raikan.



ketika hujung tahun, ramai orang sibuk nak rehat, melancong, habiskan cuti tahunan, enjoy duit bonus. kawin , bertunang dan sebagainya. well.. ada bebeapa fasa kehidupan yagn berbeza akan dilalui bergantung dimana kita ketika itu, dimana umur dan tahap kita . dimana zaman kita ketika itu. Tetapi bagi aku ada beberapa perkara hakiki yang perlu menjadi perhatian setiap hujung tahun. Iaitu;

  1. kualiti ibadah solat aku sepanjang tahun ini.
  2. solat tahajjud aku berapa kali sebulan aku buat?
  3. berapa banyak dosa  dan berapa kali aku taubat.
  4. bagaimana akhlak aku? imej dan personality ku?
  5. berapa hafazan Al quran aku? meningkat atau semakin hilang.
  6. berapa sedekah aku dah habiskan dengan duit aku
  7. berapa banyak program dakwah aku dah pergi
  8. berapa banyak program dakwah aku dah terlepas
  9. bagaimana hubungan aku dengan mak ayah aku
  10. bagaimana hubungan dengan isteriku?
  11. berapa banyak mad'u aku dah tajmik?
  12. berapa usrah aku dah bawa? berapa orang aku dah bina? bagaimana kualiti mereka? apa sumbangan mereka kepada dakwah?
  13. berapa pendapatan gaji aku ,ada peningkatan atau tidak?
  14. berapa hutang aku dengan orang?
  15. apa pencapaian aku dalam kerjaya dan dakwah?
  16. bagaimana pendidikan anak-anak aku? bagaimana perkembangan mereka?
  17. bagaimana adik beradik aku? hubungan dengan mereka?
  18. siapa jiran-jiran aku, aku dah kenal semua ke?
  19. dan banyak lagi kita boleh muhasabah, jika kita duduk sebenatr dan bermuhasabah, pasti banyak kita akan sedar dan cuba perbaiki untuk tahun hadapan.
Memang sedih bila berfikir beberapa perkara diatas? banyaknya lemah kita ni, jauhnya kualiti kita ni jika dibandingkan dengan ciri-ciri orang soleh. ya Allah, macam bumi dan langit jaraknya.

hakikatnya, semakin berusia semakin kita hampir dengan kematian. ketika kita menduga kita akan hidup lama, takutlah tiba-tiba rupanya umur kita sampai esok, lusa atau bulan depan atau awal tahun depan. Ingat-ingatlah kita dengan kematian.

Janganlah kita terikut-ikut dengan budaya orang barat, hujung tahun deme tahu berhibur sahaja. Tidak salah kita pergi bercuti, tetapi jangan sampai kita berhutang sana sini, guna kad kredit sampai hutang banyak, berhibur lupa diri itu yang salah. Bercuti biarlah dalam suasana jaga solat, jaga ibadah dan tidak langgar perintah Allah.

Mun'aim idrus

Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Peta minda : Siapa Saya?