December 17, 2017

Musim aku menanda kertas soalan

Hari ini adalah hari terakhir untuk aku dan semua rakan sejawat memasukkan markah Test, Kuiz, dan Assigment para mahasiswa yang kami ajar.

Aku suka pekerjaan aku kini, mengajar anak bangsa  dan pada masa sama juga dapat berinteraksi dengan mereka. Tetapi ada satu perkara yang kadang -kadang tidak best. Cuti. Selalunya masa isteri dan anak- anak cuti hujung tahun la aku sibuk menanda kertas peperiksaan dan sebagainya. Belum masuk lagi budak-budak FYP punya thesis. Banyaknya sampai aku bawak balik rumah. Isteri  pun dah faham dah. huhu. 

Gambar 1: Ini gambar betul, antara kertas yang aku kena tanda.


Aku cuba ikhlaskan juga agar dapat fokus menghabiskan menanda semua kerja-kerja ini. Jadi dalam sela-sela masa itu, aku pun sempat la buat post ni. Saja nak nak kongsi dengan para pembaca blog  ini. Aku paling respek kat isteri. Dia agak susah nak bawak balik kerja-kerja pejabat dia ke rumah, melainkan penting. Tetapi walau sibuk mana pun aku, aku cuba buat kerja-kerja dirumah, agar aku dapat bersama keluarga. Aku tidak mahu banyak habiskan masa di pejabat kerana aku rasa rugi. Masa berlalu biarlah aku berada dirumah walaupun aku sibuk. 


Gambar 2: Kami sarapan pagi tadi si warong Pak wan sungai wangi

Walaupun aku tidak kenal kalian, Tetapi kalian lah tempat aku berkongsi rasa dan cerita. Terima kasih. Aku ingin terus menulis kerana dalam darah aku sebenarnya mengalir darah seni dan penulisan. Lihat sahajalah contoh terbaik aku, Pak cik aku Presiden PENA, DR Mohamad Saleeh Rahamad. Beliau adalah adik kepada mak aku. Jadi dia pak cik aku. Aku kagum dengan dia.  Aku rasa darah seni dan perjuangan bangsa yang mengalir dalam darah dia juga ada dalam diriku.  Cuma sayang, telah lama aku menyepi.

Gambar 3: PENGERUSI Persatuan Penulis Nasional Malaysia, Dr Ibrahim Ghaffar (tengah) dan Presiden PENA, Dr Mohamad Saleeh Rahamad (tiga dari kiri) bergambar bersama barisan ahli jawatankuasa PENA yang baru pada Mesyuarat Agung PENA ke 53 di Rumah PENA. - Foto Nurul Syazana Rose Razma



OK. bye. Jumpa lagi.

Mun'aim Idrus


No comments: