Salah satu hotel best dekat dengan SOGO dan murah

zaman sekarang zaman gila, jika suami anda keluar bekerja ke mana-mana outstation katanya. Silalah berusaha untuk ikut dan menemani mereka. Ini kerana untuk membantu mereka menjaga iman dan amal mereka. Selain ia akan menjadi percutian keluarga sekaligus. Bukan anda sebagai isteri tidak percaya suami anda. Tetapi anda sebenarnya tidak percaya kepada dunia dan tipu muslihatnya. 

Alhamdulillah dengan ada isteri dan anak-anak menemani semasa Outstation jiwa kita akan seronok dan keluarga juga akan seronok kerana dapat bercuti.  Satu lagi inilah sunnah Nabi Saw. Apabila pergi keluar berperang baginda akan bergilir-gilir membawa isteri-isteri baginda. Marilah para suami semua ikut sunnah ini. Tetapi jika keadaan tidak mengizinkan silalah fikir cara lain. Isteri kena selalu call dan mesej suami walaupun berjauhan.


Gambar1: Mainan kegemaran Umar adalah telefon Hotel. sebab benda ni tiada di rumah.

Gambar 2: Aku sedang mandi dangan si Bongsu Ali di kolam renang  Hotel. Kolam ni terletak di bumbung.

 Sengaja aku pilih Hotel WP Hotel ni semasa urusan kerja di KL. Ini kerana hotel ini berdekatan dengan SOGO. Aku pilih Hotel ini kerana beberapa sebab
  1. Aku tahu inilah tempat kegemaran isteri aku . Dekat dengan SOGO. Tapi dia bukan selalu nak pergi sini. Aku rasa 2 tahun sekali sahaja. Isteri aku punya handbag dan kasut dah lusuh aku rasa. Jadi mungkin inilah kewajipan aku sebagai suami membelikan kasut  dan handbag baru. 
  2. Harga sebilik hotel ini agak murah. Lebih kurang RM160-RM250 sahaja satu malam. Untuk kawasan tengah-tengah KL dengan ada breakfast dan kolam renang dan GYm. Aku rasa murah dan menjimatkan.
  3. Ada kolam renang (roof top pool) di atas sekali. Kolam renang terbuka. Memang cantik pemandangan sambal mandi manda.
  4. Dekat dengan rumah mak ayah aku. mereka tinggal di wangsa maju.
  5. Dekat dengan Chancellery UniKL dimana terletaknya ibu pejabat tempat aku bekerja. Kampus aku di lumut iaitu UniKL MIMET.
  6. Dekat dengan restoren Nasi Kandar Yaseen 24 jam. Nasi kandar kegemaran ayah aku. Jalan kaki sahaja seberang hotel. Terbaik.
  7. Internet wifi hotel ini laju. Jadi senang untuk aku online buat kerja pada waktu malam di bilik. Kadang-kadang hotel mahal belum tentu Wifi dia laju.



Gambar 3: Umar dan Uthman sedang bersantai di tepi kolam atas bumbung tingkat 13, WP Hotel. Cantikkan view dia. Subhanallah.

Akhir kata, artikel ini bukan untuk menunjuk-nunjuk sangat. Ini bukanlah percutian mewah. Tetapi bagi aku sedarhana sahaja. Di KL, kalau kita plan elok-elok akan jumpa hotel yang murah dan berdekatan dengan pusat beli belah. Korang boleh cuba cara ini. Mesti isteri korang suka dan seronok.

Gambar 4: pemandangan waktu malam daripada bumbung terbuka hotel 


Alhamdulillah.

Mun'aim Idrus

Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Peta minda : Siapa Saya?