Posts

Showing posts from December, 2017

Menangkap ikan keli dengan tangan

Image
Beberapa persoalan yang perlu ditanya dalam posting kali ini.  Pernah tak anda menangkap ikan keli menggunakan tangan? Saya tidak pernah sebelum ini, tetapi jaulah kami ke Astana Raja Homestay Negeri Sembilan telah merubah pemikiran saya daripada takut memegang ikan keli kepada berani sekarang. Hilang sudah rasa takut dan geli.
Bagaimana saya boleh berubah? Jawapannya apabila kita berani untuk berubah, berani mencuba .InsyaAllah boleh. Pada mulanya kami takut nak tangkap guna tangan, jadi ada yang guna bakul dan serkup jaring.
Namu apabila lama-lama mencuba, semakin lama semakin geram tengok ikan keli banyak dalam kolam cetek berlumpur. Akhirnya kami berkubang dan mula memberanikan diri memegang untuk menangkap ikan keli. Daripada takut, akhirnya kami menjadi berani setelah menyedari bahawa ikan keli ini rupanya dia tidak gigit, duri tajamnya juga tidaklah mencucuk-cucuk seperti yang kami takutkan. Ikan keli ini rupa-rupanya dia lebih bersikap melarikan diri dan bukan menyerang.
Bagu…

Trip to Lost world of Sungai Pisang Waterfall

Image
Trip kali ini ke Air terjun Sungai Pisang.

Alhamdulillah. Memang awesome. Jaulah bersama Pembina Seri Iskandar membawa kami ke sini.Memang best air terjun ini. Saya tidak mahu banyak menulis. Cukup lah video di bawah sebagai bukti. Pada awalnya rasa macam malas nak join trip ini. Sebab hari hujan tiba-tiba. Namun kami tekadkan jua dan akhirnya sampai. Berbaloi perjalanan ini.Satu perkara kita kena akui, walau indah manapun air terjun ini, ia tidak akan sama dengan keindahan air terjun di dalam syurga. Bahkan tidak menyamai sedikitpun. Nikmat dunia ini hanya sementara sahaja. jadi kita kenalah muhasabah setiap kali pergi ke air terjun betapa nikmat dunia ini sementara sahaja dan ia tidak akan kekal. Semua ini akan hancur binasa  suatu hari nanti. Sungai ini juga, jika kita manusia tidak menjaganya, tidak mustahil ia boleh rosak dan tercemar. Oleh itu, cintailah sungai kita dan sama-sama kita menjaga kebersihannya.Lokasinya di Gombak, Selangor.
video Youtube channel saya


koleksi gambar






Hikmah dan mutiara daripada Jaulah 2017

Alhamdulillah, Jaulah bersama saudara-saudara Pembina membawa banyak makna dan hikmah yang kami dapat untuk terus istiqamah dalam kehidupan dan perjuangan.

Kami menziarahi tokoh-tokoh dakwah sepertu Ust Mohammad,  Akh Zuraidi, Ust. Hazizi, Ammu Zaim Shaari dan Ust Soffi. Kami juga bertemu saudara-saudara kafilah dakwah di UIA Gombak, UNITEN dan sebagainya.

kami juga mendapat pengalaman berjaulah menaiki MRT, ke KLCC melihat pameran grafik seni sanskrit mel;ayu di Galeri Petronas dan akhir sekali kami mengambil hikmah daripada aktiviti memancing ikan dan menangkap ikan keli menggunakan tangan sahaja. Alhamdulillah.

Semua ini merapatkan ukhwah dan harus direnungi kembali untuk aku menulis hikmah-hikmah yang aku dapat. Aku belum bekesempatan menulis kembali semua pesanan-pesanan dan berharap aku ada masa untuk menulis semuanya kembali.



mun'aim idrus

Jaulah ke Tengah (JKT2017)

Bermula jumaat malam 22 Disember 2017, aku bersama beberapa ahli Pembina Seri Iskandar memulakan pengembaraan Jaulah kami. Trip kali in dalam misi mencari hikmah- hikmah Dan kalam- Kalam dakwah Daripada tokoh- tokoh dakwah Dan mengeratkan ukhwah sesama kami.

Salah satu hotel best dekat dengan SOGO dan murah

Image
zaman sekarang zaman gila, jika suami anda keluar bekerja ke mana-mana outstation katanya. Silalah berusaha untuk ikut dan menemani mereka. Ini kerana untuk membantu mereka menjaga iman dan amal mereka. Selain ia akan menjadi percutian keluarga sekaligus. Bukan anda sebagai isteri tidak percaya suami anda. Tetapi anda sebenarnya tidak percaya kepada dunia dan tipu muslihatnya. 
Alhamdulillah dengan ada isteri dan anak-anak menemani semasa Outstation jiwa kita akan seronok dan keluarga juga akan seronok kerana dapat bercuti.  Satu lagi inilah sunnah Nabi Saw. Apabila pergi keluar berperang baginda akan bergilir-gilir membawa isteri-isteri baginda. Marilah para suami semua ikut sunnah ini. Tetapi jika keadaan tidak mengizinkan silalah fikir cara lain. Isteri kena selalu call dan mesej suami walaupun berjauhan.



 Sengaja aku pilih Hotel WP Hotel ni semasa urusan kerja di KL. Ini kerana hotel ini berdekatan dengan SOGO. Aku pilih Hotel ini kerana beberapa sebab Aku tahu inilah tempat kegem…

Ulangtahun perkahwinan ke -6

Image
Detik 9 malam (16 Disember 2011), 6 tahun yang lepas aku bernikah dengan isteri aku. Suasana ketika itu penuh suspen kerana Tok Kadi datang lambat. Orang tua kampung, Telfon bimbit pun dia tidak ada. Tumpor gelisah semua orang menunggu. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt perkahwinan ketika ini bahagia seadanya dengan rezeki yang ada atas kurniaan Allah swt. Apa yang bestnya, kami lupa nak buat sambutan ala-ala dinner. Apa yang sempat aku beli burger 3 ketul. Mana tidaknya isteri sibuk melayan si kecil baby, aku pulak sibuk menanda kertas soalan peperiksaan akhir semester. Kami makan sama-sama kat rumah. Memang simple je, tapi itulah kami nikmati dengan kesyukuran.  Bila mengenang kembali perkahwinan ini, aku dapat simpulkan beberapa kejadian, pengajaran dan pedoman untuk terus utuh perkahwinan ini;
1. Perkara pertama aku buat silap adalah aku tersalah meminang bakal isteriku. Aku kenal dia, tapi aku salah nama dia. Semasa nak merisik, aku gunakan khidmat baitul muslim. Aku dengan …

Musim aku menanda kertas soalan

Image
Hari ini adalah hari terakhir untuk aku dan semua rakan sejawat memasukkan markah Test, Kuiz, dan Assigment para mahasiswa yang kami ajar.
Aku suka pekerjaan aku kini, mengajar anak bangsa  dan pada masa sama juga dapat berinteraksi dengan mereka. Tetapi ada satu perkara yang kadang -kadang tidak best. Cuti. Selalunya masa isteri dan anak- anak cuti hujung tahun la aku sibuk menanda kertas peperiksaan dan sebagainya. Belum masuk lagi budak-budak FYP punya thesis. Banyaknya sampai aku bawak balik rumah. Isteri  pun dah faham dah. huhu. 


Aku cuba ikhlaskan juga agar dapat fokus menghabiskan menanda semua kerja-kerja ini. Jadi dalam sela-sela masa itu, aku pun sempat la buat post ni. Saja nak nak kongsi dengan para pembaca blog  ini. Aku paling respek kat isteri. Dia agak susah nak bawak balik kerja-kerja pejabat dia ke rumah, melainkan penting. Tetapi walau sibuk mana pun aku, aku cuba buat kerja-kerja dirumah, agar aku dapat bersama keluarga. Aku tidak mahu banyak habiskan masa di pej…

Dapat google reward lucky winner 2017

Image
Hati-hati kawan kawan jika dapat email daripada google mengatakan kita terpilih memenangi google reward 2017.  Saya dapat email ini pagi tadi. kemudian rasa tidak sedap. Bila saya google balik, rupanya ia adalah cybercriminal Scam.
Mereka akan memperdaya untuk mendapatkan duit dan maklumat peribadi kita. Hati-hati ya.
baca maklumat dibawah ini saya dapat daripada satu laman web.

Beware of "Google Annual Promotion Reward 2017" Lottery Scam
The email message below, which claims that the recipients are winners in the "Google Annual Promotion Reward 2017," is a lottery scam. The lottery scam was created by scammers to trick the recipients into sending their personal information and money, by claiming that they are the winners of the Google Annual Promotion Reward 2017. But, there is no such Google lottery, and Google will never ask online users to send their personal information via an email message. This type of lottery scam will ask you to send your personal information an…

Ponteng program dakwah?

Image
Adakah kita merasa sedih, rugi dan tidak beruntung apabila kita tidak dapat menyertai program-program dakwah yang penting?
Perkara ini banyak kali aku merasainya. Adakala rasa rugi, adakala rasa menyesal dan sebagainya. Tetapi kali ini aku terpaksa menarik diri daripada menyertai program jaulah I-guru Seri Iskandar.  Mencipta alasan memang mudah, tetapi melihat kekecewaan dan harapan orang lain amat menyedihkan. Meskipun aku bukan mencipta alasan kali ini. 


Disebabkan urusan kerja yang banyak dan tanggungjawab aku menanda kertas soalan peperiksaan akhir semester, memeriksa dan memperbaiki thesis pelajar tahun akhir, urusan belajar aku sendiri PhD semua ini menuntut kadang kala kita mengundurkan diri sebentar. Orang akan faham dan orang mungkin juga tidak faham. Tetapi mujur jemaah ini ada ruang dan kelogikan yang diberi sehingga kita mampu bernafas dan lega. 
Ada pernah juga saat aku dilanda malas dan ketika lemahnya amal dan iman, aku ponteng beberapa program. Tetapi akhirnya aku se…

Penghujung tahun 2017

Image
Apa yang perlu kita muhasabah dan lihat kembali apabila tiba hujung tahun ini? Bagi aku sebagai seorang muslim, ada beberapa perkara yang perlu kita muhasabah dan mungkin beberapa kejayaan yang kita raikan.


ketika hujung tahun, ramai orang sibuk nak rehat, melancong, habiskan cuti tahunan, enjoy duit bonus. kawin , bertunang dan sebagainya. well.. ada bebeapa fasa kehidupan yagn berbeza akan dilalui bergantung dimana kita ketika itu, dimana umur dan tahap kita . dimana zaman kita ketika itu. Tetapi bagi aku ada beberapa perkara hakiki yang perlu menjadi perhatian setiap hujung tahun. Iaitu;
kualiti ibadah solat aku sepanjang tahun ini. solat tahajjud aku berapa kali sebulan aku buat? berapa banyak dosa  dan berapa kali aku taubat. bagaimana akhlak aku? imej dan personality ku? berapa hafazan Al quran aku? meningkat atau semakin hilang. berapa sedekah aku dah habiskan dengan duit aku berapa banyak program dakwah aku dah pergi berapa banyak program dakwah aku dah terlepas bagaimana hu…

Galeri gambar 7 Disember 2017

Image
Galeri 7 Disember 2017

Sesekali aku akan membawa anak-anak menikmati pemandangan "sunset".  Orang kata sebagai tadabbur alam. Begitu indah alam ciptaan tuhan, nikmat penglihatan yang dikurnia. Alhamdulillah.  Semua ini membuat kita akan terus berfikir betapa hebatnya Allah swt. Berbekalkan kamera kesayanganku, kali ini lokasi baru kami terokai. Lokasi ini dikawasan jambatan berdekatan  sebelum UniKL jika daripada arah manjung. 








lokasi:
gambar  1- 5 : Lokasi jambatan sebelum UniKL MIMET, Perak, Malaysia.
gambar 6 : Lokasi padang awam manjung point seksyen 2. Perak.

Kami tebang pokok kelapa!!

Image
Ya, kami menebang pokok kelapa yang mempunyai buah kelapa hamper 300 biji. memang amcam tidak percaya, tetapi selepas aku kira, memang sampai 300 biji.
Kenapa kami tebang pokok ini? Jawapannya kerana mak mertua aku risau pokok ini begitu hamper dengan rumah. Dia takut pokok kelapa tu tumbang kena rumah. Jadi aku, pak mertua dan geng-geng ipar semua melakukan operasi ini.
Cabarannya macam mana nak pastikan pokok tu tumbang ke arah lain, bukan ke arah rumah selepas ditebang batang bawahnya. tetapi akhirnya kami Berjaya. Alhamdulillah rasa nikmat air kelapa ni memang sedap. Aku juga abru dapat tips orang kampong macam mana nak bezakan kelapa tua dan kelapa muda. Sebab warnanya kuning sama sahaja. Jadi kita kena goncang buah tu. kalau semasa goncang ada bunyi air, maknanya itu kelapa tua. Kalau semasa goncang, tiada bunyi, itulah kelapa muda.
Kalau korang nak lihat detik-detik cemas itu, silalah menonton video yang aku rakam dibawah. kalau korang dah menonton, jangan lupa subscribe blog…

sate bonding

Image
Sate bonding? Ya itulah ungkapan yang sesuai yang boleh saya katakan.  Kalau kita tercari-cari aktiviti yang boleh merapatkan ukhwah diantara ahli keluarga, abang ipar, adik ipar dan sebagainya.
Ini ceritanya, keluarga sebelah isteri saya memang terkenal dengan keakraban mereka setiap musim cuti sekolah. Banyak aktivti dan percutian dianjurkan bersama yang menjadi resepi kebahagiaan keluarga ini. well keluarga saya sendiri tidak begini. 
Jadi musim cuti sekolah ini, bagaimana mereka menarik perhatian semua adik beradik agar dapat kumpul dan balik ke kampung? Jawapannya sate. ya, dengan menempah 300 cucuk sate. Telah menyebabkan semua orang semangat nak balik kampung dan berkumpul. huhu. itulah kuasa tarikan satay.
Jadi aktiviti kami pada hujung minggu yang lalu adalah membakar sate dan menghabiskannya dengan berselera sekali. Kami menempah sate mentah sebanyak 300 cucuk, kemudian membakarnya dirumah mertua bersama-sama. Memang best la ketika kami sama-sama membakar sate.  Selalu kala…