antara PhD dan keluarga dan Dakwah

Entah macam mana aku nak menulis tentang perkara ini. Realiti yang aku sekarang sedang menyambung PhD secara part time telah memberi aku gambaran betapa dasyat cabaran seorang pelajar sambilan bidang kedoktoran kejuruteraan.
Pada mula aku ingatkan mudah dan tiada masalah. rupa-rupanya benarlah cerita-cerita pengalaman orang - orang yang pernah melaluinya. Ia perit dan sukar. tetapi orang tidak akan faham. Orang disekeliling tetap akan mahukan engkau menjalankan tugas-tugas harianmu seperti biasa. Tetapi di dalam kepala otak seorang pelajar PhD berselirat wayar-wayar yang mungkin boleh putus bila-bila masa.

Ada cerita aku dengar dan lihat sendiri bagaimana banyak pelajar PhD bercerai-berai hancur keluarga kerana apa aku tidak tahu. Mungkin timbul konflik-konflik yang disebabkan kesibukan pelajar PhD memberi kesan kepada pasangannya. hasilnya ramai lulusan PhD yang berstatus duda dan janda.
Aduhai kesian kepad anak-anak mereka. tetapi apa nak buat, kita tidak tahu apa perkara sebenar yang berlaku. Kita hanya boleh berkata mungkin ada hikmah yang baik diatas setiap perceraian. Kerana mana ada pasangan yang mahu bercerai melainkan untuk kebaikan semua pihak.

Aku sudah hampir setahun menjadi pelajar PhD. Dan masih menyiapkan peringkat awal kajian aku.
Memilih bidang natural hybrid composite sebagai bidang kajian memenag menyebabkan aku jauh daripada kehidupan manusia. mana tidaknya kajian hanya menumpu kepada menjadikan fiber untuk digunakan didalam bahan membuat bot. lainlah jika aku mengkaji perangai manusia, mengkaji al-quran memanglah berbaloi juga. haha. Apa nak buat, kononnya nak jadi pakar bahan dalam bidang marin. Jalan sahajalah.

Tetapi cabaran utama aku lihat adalah bagaimana membahagikan masa, tugasan dan mengurus banyak perkara agar teratur dan seimbang dalam hidup aku.  banyak perkara akan datang secara tiba-tiba sehingga mengganggu jadual. Semua ini menyebabkan kacau bilau. Bila ada anak kecil-kecil pula, banyak kali anak-anak sakit dan masuk hospital menjadikan kita letih dan melupakan sementara PhD.

Banyak kali anak-anak aku sakit dan masuk wad, jari aku patah, isteri sakit dan sebagainya. Semua ini ujian biasa dalam kehidupan masa kini, tetapi memberi impak kepada aku. Alhamdulillah setakat ini mampu ku hadapi. Tetapi paling tidak best adalah jika berlaku konflik dengan isteri. Ini menyebabkan segalanya tidak best. Konflik dengan isteri boleh jadi kerana perkara-perkara kecil sahaja. Tetapi kerana seorang isteri itu adalah tulang belakang kita. Maka kita tetap kena mengalah dan kadang-kadang mengaku kalah. Bayangkan tanpa isteri disisi bagaimana kita mengurus makan minum, anak-anak, pakaian dan sebagainya.

Terhadap dakwah, seharusnya bagi aku pelajar PhD meminta izin agar tidak memegang jawatan utama dalam kepimpinan, minta izin agar turun jawatan dan maybe menjadi ajk bawahan sementara menyiapkan kajian. Silap aku sebab tidak meminta izin. Entahlah, aku rasa macam kesian terhadap dakwah sebab tidak cukup tenaga pada anggapan aku. Memang akan effect. kerana bukan sengaja, tetapi bagi aku, baik berehat sekejap menumpu kepada menyiapkan kajian PhD. selepas itu, teruskan kembali memegang posisi apa pun dalam dakwah. Bukan apa, ini kerana kesan buruk jika dia tidak siap kajiannya adalah kepada keluarga, dakwah dan masa depannya.  Boleh jadi fitnah juga dalama kehidupannya. walaubagaimanapun jika ada ikhwah yang mampu buat, dia adalah super hebat.

Banyak juga kisah-bagaimana pelajar PhD mengalami tekanan sehingga kena serangan jantung, stroke, tekanan mental dan sebagainya. Semua ini aku rasa kena urus dengan cara:
  1. merapatkan hubungan dengan Allah
  2. menjaga kesihatan dari segi makan minum, tidur, senaman
  3. menjaga hubungan dengan keluarga dan kawan
  4. menjaga hubungan dengan supervisor.
  5. banyak bersedekah
sekian terima kasih.

*tulisan ini hanyalah pandangan peribadi penulis, dan boleh berubah pendirian mengikut semasa. tiada kena mengena dengan sesiapa melainkan kehidupan penulis sendiri.


Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur