Posts

Showing posts from November, 2017

Kami buat Bot Wakaf MAIPS

Image
Alhamdulillah,
Bot wakaf pertama nelayan telah berjaya dihasilkan oleh team kami di UniKL mimet. Projek ini hasil kerjasama UniKL MIMET dan Majlis Agama Islam Negeri Perak.
Bot standard panjang 30 kaki ini kelak akan diwakafkan kepada nelayan untuk menangkap ikan. Dibuat menggunakan fiberglass 100%. Mempunyai enjin berkuasa 140 Hp. Bot ini boleh mencapai kelajuan 29 Knot. 
Saya sempat menyertai sesi Sea Trial bot ini. Sea Trial adalah dimana ujian pertama keupayaan bot ini di laut terbuka. Ujian keupayaan enjin baru dan dibawa test drive sejauh beberpa kilometer untuk memastikan bot tersebut boleh beroperasi dan digunakan kelak. Alhamdulillah bot ini telah diuji selamat dan boleh digunakan.
Anda semua bolehlah menyaksikan video di Vlog saya dibawah. Saya sempat merakam sesi berkenaan.

Lokasi kami semasa Sea trial adalah di belakang UniKL MIMET, Lumut Perak.

Terima kasih
Mun'aim idrus

Umar jadi serigala : Konvo tadika 2017

Image
Alhamdulillah
Syukur kepada Allah atas nikmat kurniaan cahaya mata dalam kehidupanku. Anak adalah anugerah yang sungguh tidak ternilai.
Anak sulong aku, Umar Izzuddin baru sahaja menamatkan pengajiannya tadika tahun 5. Seronok rasanya melihat anak membesar di depan mata. Walaupun kadang-kadang kita rasa geram dengan kenakalannya, rasa marah dengan kelasakannya, tetapi disana selalunya kita akan rasa rindu, sayang, dan nak balik cepat-cepat daripada kerja untuk berjumpa dengan mereka. 
tidak dapat kubayangkan hidupku tanpa cahaya mata. Mungkin disana hilangnya motivasi, lemahnya semangat dan sunyi akan mendatang. Alhamdulillah ya Allah terima kasih atas anugerah ini. Aku mendoakan sahabat-sahabat yang masih belum miliki cahaya mata, agar Allah kurniakan kalian secepat mungkin. insyaAllah. Tiada yang mustahil.
aku sempat merakam sedikit kenangan untuk umar dan cikgu-cikgunya. saksikan video dibawah.
kalau saudara tidak keberatan, mohon saudara subscribe channel youtube saya dan blog sa…

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur

Image
Anda mencari kolam mandi terbaik di kuala lumpur?
saya cadangkan bawa sahaja anak anda di KLCC. Di sana ada kolam mandi untuk anak-anak. Percuma dan selamat kerana kolamnya cetek. Di sebabkan kolam cetek, ia selamat untuk anak-anak yang tidak tahu berenang. Luas dan ibu - bapa boleh lihat daripada tepi. Kolam ini Percuma. jadi kita sudah jimat banyak duit. Alhamdulillah.
Saya bawa anak-anak saya mandi disana. Alhamdulillah mereka seronok. Ingatkan nak bawa mereka mandi di water park berbayar. Tetapi saya rasa disini lagi berbaloi untuk anak-anak kecil. Kerana selepas makan, kita boleh pergi jalan-jalan di Shopping mall suria KLCC. Di sana ada Food Court yang besar dan makanan berbagai pilihan.
Saya sempat merakam kenangan manis untuk anak-anak dan keluarga. anda bolehlah lihat video dibawah. channel youtube saya : moon aim Jemput subscribe dan terima kasih.

video rakaman mandi di KLCC

Group berpeluh

Image
Demi menjaga kesihatan, kita memang susah nak mengawal makan dan minum. Sebab memang negara kita ni kaya dengan makanan yang lazat-lazat.
Guru saya Dr. Tin Win daripada Filipina, seorang doktor dan guru kesihatan dan gaya hidup , subjek yang saya ambil semasa belajar di UNIMAS dahulu pernah mengajarkan.
Jangan berpantang sangat pasal makan, huhu. Memang best. Dia pesan, kalau makan sikit, buat sikit exercise. kalau makan banyak lemak dan kalori, maka you kena extra senaman bagi keluar peluh.
setiap hari kena buat jangan miss senaman. Tulah pesanan dia. Tapi kita ni, jenis makan kuat,  senaman pemalas nak mampus. Macam mana nak sihat. Lepas tu marah kerajaan sebab service hospital kerajaan tak bagus la, ubat kerajaan x bagus la. 
Lain kali salahkan diri sendiri, siapa suruh tidak jaga kesihatan. Tapi apa nak buat, maybe kadang-kadang Allah nak uji kita. Kita dah jaga, tapi penyakit nak datang, Jadi sabarlah.
Ok. Aku sekarnag memang busy nak mampus. Selain riadah dengan adik-adik kelab…

Bonding Day Pembina UNIKL MIMET 2017

Image
Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar. walaupun kehadiran tidak penuh kerana ramai yang ada kuliah pulak pada hari sabtu. 
kami on juga program ini. Sebab yang penting ayam BBQ sedap dan lazat.  Buat di Teluk Batik, sememangnya pantai yang terbaik di area lumut ni sebab luas, pasir lembut dan selesa.  Seperti tahun - tahun yang lepas, anak-anak dan isteri turut serta.  Momen - momen kali ini sempat jugak aku rakam video sebagai kenang-kenangan dan sebagai  vlogger suka-suka. 
Tetapi alhamdulillah rasa seronok dapat merakam detik-detik yang mungkin memberi kesan kepada anak-anak murid yang ikut tarbiyah. 
Semoga suatu hari nanti mereka akan menjadi tulang belakang dakwah di bumi Malaysia ini. Walaupun, program biasa-biasa sahaja. Tetapi alhamdulillah kita cuba mengawal agar tiada percampuran bebas lelaki dan wanita, dijaga aurat dan menjaga waktu solat. Juga diselitkan sesi tazkirah sebagai pembasah jiwa semua peserta. Alhamdulillah.


anda semua boleh layan video yang saya s…

antara PhD dan keluarga dan Dakwah

Entah macam mana aku nak menulis tentang perkara ini. Realiti yang aku sekarang sedang menyambung PhD secara part time telah memberi aku gambaran betapa dasyat cabaran seorang pelajar sambilan bidang kedoktoran kejuruteraan. Pada mula aku ingatkan mudah dan tiada masalah. rupa-rupanya benarlah cerita-cerita pengalaman orang - orang yang pernah melaluinya. Ia perit dan sukar. tetapi orang tidak akan faham. Orang disekeliling tetap akan mahukan engkau menjalankan tugas-tugas harianmu seperti biasa. Tetapi di dalam kepala otak seorang pelajar PhD berselirat wayar-wayar yang mungkin boleh putus bila-bila masa.
Ada cerita aku dengar dan lihat sendiri bagaimana banyak pelajar PhD bercerai-berai hancur keluarga kerana apa aku tidak tahu. Mungkin timbul konflik-konflik yang disebabkan kesibukan pelajar PhD memberi kesan kepada pasangannya. hasilnya ramai lulusan PhD yang berstatus duda dan janda. Aduhai kesian kepad anak-anak mereka. tetapi apa nak buat, kita tidak tahu apa perkara sebenar…

Laptop baru Lenovo Ideapad 320

Image
Alhamdulillah, aku dah beli laptop baru. Walaubagaimanapun, hajat nak beli laptop yang mahal aku terpaksa lupakan kerana nak jimat duit dan boleh digunakan untuk bayar perkara lain. Maklumlah hujung tahun, kena simpan duit untuk beberapa perkara seperti;
1. bagi bonus kat mak ayah. sebab abah dah pencen. gaji dia dah half, jadi aku nak bagi dia duit sikit supaya dia boleh la shopping akhir tahun ni. Mak pulak x koje. kita kasi duit sikit dia mesti nak shopping jugak.
2. pendaftaran tadika anak-anak dah kena mula bayar tahun ni. jadi aku dah simpan hampir RM6K untuk laptop power la kononnya. akhirnya aku beli laptop harga RM2112+-. haha. lagipun aku bukanlah seorang gamers dan editor yang gempak. aku  nak guna laptop untuk PhD dan sampingan amcam blog dan vlog aku sahaja.
3. aku gunakan baki duit ni upgrade beberapa perabot dalam rumah aku. aku beli katil baru dan almari baru untuk dua org anak teruna aku. huhu. happy deme. kalaulah deme tahu aku korbankan laptop impian aku untuk mere…

Giant Manjung diserbu kerana jualan murah giler!!

Image
Tak tau nak kata berita sedih atau gembira. mungkin gembira buat pengguna, tetapi sedih buat warga kerja Giant Seri manjung. Akibat penutupan Giant, mereka mengadakan jualan penghabisan stok secara besar-besaran. Maka ramailah warga manjung menyerbu Pasaraya Giant. Habis semua barang diborong.
Banyak barang-barang menjadi murah daripada barang mainan, pakaian, dapur dan lain-lain. saya sempat pergi dan melihat orang ramai berebut-rebut memilih barangan, sampai ada yang buat port ditepi-tepi. Mereka ambik, longgok kat port. Letak anak-anak jaga port. Mak ayah memborong barangan. Fuh..Untung mereka yang datang.
Tetapi kena jiwa kental sebab semasa nak membayar nanti kena la beratur dan bersabar.
Apa-apa pun kita doakan agar semua pekerja  Giant mendapat pampasan dan kerja yang setara selepas ini. InsyaAllah rezeki itu milik Allah.
Dibawah ini adalah rakaman video yang saya rakam memaparkan suasana di Pasaraya Giant Seri Manjung semasa lelongan berlaku.

OK. Jemput subscribe channel y…