Posts

Showing posts from July 11, 2016

Melihat dari atas

Melihat dimana kita berada sekarang? apakah membuatkan kita akan terus maju ke depan mengejar masa yang semakin suntuk?
Aku suka melihat sejauh mana aku sudah berubah menjadi lebih baik?  Peranan yang aku pikul sebagai seorang suami kepada seorang isteri yang aku cintai. Siapakah yang akan memeriksa segala kelemahan dan prestasi aku sebagai peranan itu?
Peranan aku sebagai ayah kepada 3 cahaya mata? Sejauh mana aku sudah bersedia dan berapa banyak kali aku hilang sabar dan hilang punca. Aku rasa seperti ingin melihat masa lalu bagaimana ayahku mendidikku. Ketika zaman itu tiada facebook dan youtube. Aku tidak dapat melihat apa yang hilang daripada ingatan. Hanya mungkin jika ada masa aku harus berbual dengan mak dan abah. Untuk mengoreksi kisah-kisah masa lalu. 
betapa susahnya mereka zaman itu, begitulah aku rasa kini betapa susahnya menjalankan peranan dalam kehidupan.
Belum lagi soal sebagai aktivis dakwah dan sebagainya. Aku rasa masa aku masih banyak terbuang dengan sia-sia. Aku…