Bahasa dan budaya

Pada minggu lepas, sempat saya pergi ke Pahang dan menziarahi pak cik. Semasa berbual, banyak kami berbincang isu tentang pendidikan. Satu perkara menarik tentang perbualan kami ialah mengenai penggunaan bahasa. Pada pandangan beliau, menguasai bahasa asing memang tidak dinafikan bagus, tetapi kita kena berhati-hati dalam nak membudayakannya. Ini kerana apa sahaja bahasa yg dibawa, ia bukan sahaja membawa bahasa itu sendiri, malah ia turut akan membawa budaya dan cara hidup bahasa itu. Maka dari segi ini yang kita perlu berhati-hati. Seharusnya memastikan bahasa ibunda kita diutamakan agar segala budaya Melayu Islam itu kekal. Inilah identiti kita. Maka jika nak meleburkan jati diri dan identiti orang Melayu, mudah sahaja. Pinggirkan bahasa Melayu, masukkan bahasa asing. Saya tidak pasti sejauh mana benarnya statement ini, tetapi kita boleh fikir-fikirkan bersama.
Yg benar
Mun' aim idrus

Comments

Popular posts from this blog

Merancang Garis Hidup Anda

situasi terkini sekitar masjid Al-Aqsa

Peta minda : Siapa Saya?