Posts

Showing posts from September, 2012

Doa dan Halal

Image
Minggu lepas pergi usrah, hanya saya dan Murabbi sahaja. Ahli usrah yang lain tidak dapat hadir kerana masing2 kebetulan ada komitmen lain. Malam itu benar-benar menyentuh jiwa saya kerana hanya saya dan Murabbi berusrah. Bertalaqqi dengan seorang ustaz yang tawadhuk dan lembut orgnya pada malam itu benar2 memberi kesegaran kembali kepada iman. Teringat semasa berada di Sarawak, kenangan membawa halaqah dengan seorang anak halaqah. Fuh..terus call anak halaqah tersebut bile teringat kembali. Alhamdulillah dia juga skrg sudah berjaya, bekerja dan masih konsisten dgn usrah. baik poit saya nak berkongsi ttg hadith yang kami kupas dalam usrah iaitu hadith ini..

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan Allah memerintahkan kepada orang mukmin sebagaimana Dia memerintahkan kepada para Rasul. Allah SWT berfirman 'Hai para Rasul, makanlah segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amal…

Bahasa dan budaya

Pada minggu lepas, sempat saya pergi ke Pahang dan menziarahi pak cik. Semasa berbual, banyak kami berbincang isu tentang pendidikan. Satu perkara menarik tentang perbualan kami ialah mengenai penggunaan bahasa. Pada pandangan beliau, menguasai bahasa asing memang tidak dinafikan bagus, tetapi kita kena berhati-hati dalam nak membudayakannya. Ini kerana apa sahaja bahasa yg dibawa, ia bukan sahaja membawa bahasa itu sendiri, malah ia turut akan membawa budaya dan cara hidup bahasa itu. Maka dari segi ini yang kita perlu berhati-hati. Seharusnya memastikan bahasa ibunda kita diutamakan agar segala budaya Melayu Islam itu kekal. Inilah identiti kita. Maka jika nak meleburkan jati diri dan identiti orang Melayu, mudah sahaja. Pinggirkan bahasa Melayu, masukkan bahasa asing. Saya tidak pasti sejauh mana benarnya statement ini, tetapi kita boleh fikir-fikirkan bersama.
Yg benar
Mun' aim idrus