Posts

Showing posts from June, 2012

MSIB solusi kemelut bangsa Melayu

Image
MSIB solusi kemelut bangsa Melayu
Perjuangan dan fikrah ISMA ialah Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dalam bentuknya yang mudah. ISMA tidak menambah atau mengurangkan Islam itu dengan ideologi lain. Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. melalui penurunan wahyu, disampaikan kepada para sahabat dan seterusnya sampai kepada generasi hari ini. Itulah Islam yang merupakan fikrah ISMA. Hari ini sesetengah pihak cenderung untuk mencampur-baurkan fikrah Islam dengan ideologi lain dan menyebabkan masyarakat umum menjadi keliru. Ini mungkin berlaku kerana tekanan dan perkembangan dalam ideologi lain.
Berasaskan fikrah Islam yang mudah ini, kita menetapkan pendirian terhadap badan-badan lain, isu-isu dan sesuatu perkara yang berlaku di sekitar kita pada masa ini. Apa sahaja cabaran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini kita lihat daripada aspek Islam yang asli. Ini termasuklah persoalan mengenai slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat.
Agenda utama ISMA ialah untuk …