Posts

Showing posts from May, 2012

Magnet Dakwah

Magnet dakwah itu ada 3 rencahnya. Perhatikan dan cubalah untuk memahaminya kerana ia adalah seni yang halus dan indah bagi sang dai...juga warisan mulia daripada sang ustaz...si pembuat jejak..

Pertama : Rasa, 
kedua: Masa 
dan ketiga adalah Jasa.

Cubalah kalian fikir-fikirkan..kerana ini adalah magnet yang bakal merubah hidup banyak jiwa...Aku juga sukar pada awalnya untuk memahaminya, namun akhirnya mampu untukku fahami. Cubalah untuk mengerti kenapa aku dan kamu selalu gagal mengikat hati si jiwa halus itu, selalu gagal menarik jiwa-jiwa ke arah jalan kebenaran ini...Justeru itu, untuk menjadikan magnet dakwah kita berhasil, mulailah mempraktikkan 3 rencah ini..selamat beramal sahabatku...



Magnet Dakwah : Sumber Ust Azizee Hassan via facebook chat...:-)

kita adalah dai dimana sahaja

"1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." ( 103: 1-3).
Sungguh berat kepalaku apabila membaca ayat-ayat dalam surah ini.  Hari-hari ku yang kadang-kadang terasa kosong membuatkan aku berfikir, adakah aku redha dengan malam yang kosong atau di isikan dengan program dakwah. Kalau dulu semasa di Sarawak, malam-malam ku diisi dengan berbagai-bagai program dakwah. Sehingga kadang-kadang sampai mengeluh, bilakah masa untuk berehat dan bersantai. 
Tetapi alhamdulillah tarbiyah telah mengajarkan kita bahawa seharusnya hari-hari kita diisi dengan dakwah. Memikirkan masalah umat dan mencari penyelesaiannya. Terus bekerja tanpa menoleh ke belakang. Kerana kini adalah masa-masa genting untuk membina diri dan ummat di sekeliling kita. Kerana, jika kita berundur, maka hilanglah satu batu-bata dari b…
Image