Posts

Showing posts from October 6, 2011

Himpunan Sejuta Umat 22 Okt 2011

Image
KUALA LUMPUR 4 Okt — Berikutan dakwaan peningkatan kes cubaan memurtadkan orang Islam, badan-badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggerakkan satu sekretariat bagi mengukuh dan memantapkan akidah Muslim negara ini. Sekretariat yang diberi nama Himpunan Sejuta Umat atau Himpun itu bagi menzahirkan suara dan pendirian umat Islam yang menolak siri cubaan memurtadkan dan mencemarkan agama Islam di negara ini. “Kes DUMC (Gereja Methodist Damansara Utara) ini dilihat betapa pihak yang mendalangi usaha memurtadkan orang Islam ini semakin agresif dalam menggerakkan dakyah mereka,” kata Presiden Bersama Himpun  Mohd Azmi Abdul Hamid pada sidang media di sini hari ini. “Mereka dilihat semakin berani untuk mengkristiankan umat Islam secara terbuka dengan memberikan bantuan khidmat sosial, menganjurkan kelas tuisyen untuk kanak-kanak Islam yang diwarnai dengan dakyah Kristian, menganjurkan majlis makan malam atau majlis kesyukuran melibatkan umat Islam dalam menyampaikan ajaran mereka …