Posts

Showing posts from September, 2011

Majli Semai Mesra Aidil Fitri PEMBINA Sarawak

Image
Majli Semai Mesra Aidil Fitri PEMBINA Sarawak
Tahniah kepada pengarah program dan semua ajk yang terlibat. Terima kasih juga kepada semua penyumbang dana bagi menjayakan majlis ini.

Pesanan kepada pelajar baru IPT

Alhamdulillah,  Segala puji hanya bagi Allah swt yang telah memberi kita nikmat iman dan islam.  Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan seterusnya kepada pada para sahabat  Nabi dan semua umat islam yang terus istiqamah dalam keimanan dan perjuangan menegakkan islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar baru di IPTA/IPTS seluruh Malaysia kerana telah terpilih menjadi mahasiswa/i. Semoga berjaya dengan cemerlang di dalam bidang yang diceburi. 
Seperti mana saya dahulu juga pernah menjadi mahasiswa peringkat ijazah sarjana muda, Maka insyaAllah saya ingin berkongsi beberapa tips hasil daripada pengalaman saya sendiri untuk panduan anda agar dapat berjaya dengan cemerlang sebagaimana saya dan rakan-rakan telah berjaya mengharunginya dengan izin Allah swt.
Adik-adik sekalian,
Dunia kampus adalah alam yang sangat menyeronokkan dan pada masa yang sama penuh dengan segala jenis rencah kehidu…

Welcome to UNIMAS 2011

Sebaik pulang ke bumi sarawak pada 7 September 2011. Keadaan dan suasana di lapangan terbang kuching penuh sesak. Ramainya orang bukan kerana menjemput diriku yang kerdil ini. Bumi Sarawak hari itu menerima kedatangan ramai anak-anak muda yang dahagakan ilmu. Kehadiran ramai pelajar baru ke UNIMAS kali ini begitu luar biasa. Lantas teringat saat-saat kami hadir ke sini dahulu. 6 tahun yang lalu.
Jika nak diimbas. Saya datang ke UNIMAS bersama beberapa orang ikhwah membawa harapan mak dan abah untuk menjadi seorang yang berjaya dan kebanggaan keluarga. Tetapi ketika itu ada juga niat dan hasrat lain yang lebih membara ketika itu. Iaitu ingin membawa dakwah dan tarbiyyah ke bumi Sarawak. Saya tertanya-tanya adakah dikalangan pelajar baru ini membawa niat yang sama seperti mana saya datang dahulu bersama ikhwah dan akhwat. Jika ada, walaupun seorang, bertuahlah bumi ini.. Kerana bagi diriku, kehadiran seorang dai itu lebih baik dari kehadiran beratus orang yang tidak punya tujuan yg jelas…