Posts

Showing posts from June, 2011

Peta minda : Siapa Saya?

Image
Setiap kita mempunyai jalan hidup masing-masing. Setiap hari kita akan menjalani sebuah skrip drama yang real dan bukan main-main. Saya dan anda adalah orang yang berbeza kerana kita adalah dua jiwa yang berbeza. Saya mempunyai tanggungjawab sendiri dalam hidup saya dan anda juga mempunyai tanggungjawab dalam hidup anda. Untuk lebih jelas biar saya bagi anda nampak lagi.
sekarang cuba anda ambil sebuah kertas kosong dan sebatang pen. Awak faham ke tidak? Cepatlah sekarang ikut arahan saya. please..Ok..thanks kerana memahami arahan saya. ini semua untuk kebaikan awak juga. Baik cuba tulis ditengah-tengah kertas itu nama awak dan bulatkan ia ;  Nama saya : Mun'aim Idrus...dah tulis dah..aha..jangan tulis nama saya, tapi tulislah nama awak..ok..good.. sekarang kita akan buat peta minda diri Siapa saya?..ikut arahan saya di bawah:
dahan pertama : saya hamba Allahdahan kedua : anak soleh/solehahdahan ketiga : pelajar unimas/sekolah/asasi/matriks/cikgu/pekerjaa dlldahan keempat : abang/kak…

Masa yang hidup

Hidup ini terus berlalu tanpa menunggu kita. di sela-sela masa rehat itu juga bumi terus berputar. Sains menyatakan masa itu tidak pernah berhenti kerana aturan itu sebuah ketetapan daripada Tuhan. Alhamdulillah saat ini aku mengenal Islam itu sebuah cara hidup yang sempurna. Tidak seperti rekaan manusia. Tetapi ia benar-benar dari yang Maha Pencipta. Manual cahaya itu sebagai panduan sebuah perjalanan agar bisa selamat sampai ke hujung perjalanan. Kita tidak pernah menemukan sebuah manual yang menceritakan asal kejadian sesuatu produk. yang ada hanya manual bagaimana ia difungsikan dan bagaimana ia digunakan. Tetapi panduan Tuhan itu menceritakan dari asal kejadian sampai akhir kejadian. bahkan ia menceritakan segala yang tersirat dan tersurat. Namun sayang tidak semua bisa menghargai sebuah cahaya dan penyembuh itu..kerna semua tidak bisa mengenal ia adalah sebuah petunjuk. Kerna itu bersyukurlah jika kalian sudah menemukan cahaya petunjuk itu..Kerna kita mengerti juga tidak mungkin…

Minggu tajmik dan perlumbaan dlm kebaikan

Image
Minggu ini amat sibuk juga dengan aktiviti tajmik di Sarawak ni. Maaf sahabat semua, tidak sempat nak tulis artikel baru. kata orang gambar boleh berkata banyak perkara. jadi dalam post kali ini saya letak gambar aktiviti ana dan ikhwah beberapa minggu ini sbg perkongsian bersama.


Cikgu Ghafar, Pengerusi Krim Sarawak sedang berucap di hadapan anak watan sarawak. Dah lama beliau berhasrat mentarbiyah anak2 sarawak. Semoga kali ini Allah memakbulkan hasrat beliau. Saya juge berharap agar mana2 anak tempatan sarawak di asasi diberi peluang utk mengenali cikgu ghafar dan merasai tarbiyahnya . kerana beliau buat sesuatu yg baik, terutama anak-anak melanau kerana cikgu ghafar org melanau juak..he. 

 Sepanjang minggu tajmik, agak berpeluh juga baju isma yang dipakai. Mana taknya hampir setiap malam di pakai. Sebut pasal baju. Ada timbul persoalan dikalangan ikhwah, adakah dengan memakai baju ISMA dan mempromosikannya merupakan tidak ikhlas kerana mungkin akan dianggap mengajak kepada l…

30 peserta sertai Semai Mesra 4 (11 Jun 2011)

Image
Pada 11 Jun 2011: Pembina Sarawak telah mengadakan program semai mesra 4 bagi meraikan pelajar baru asasi UNIMAS batch kedua. Bertempat di pasir panjang, kuching Sarawak program ini bermula seawal jam 7 pagi dengan taaruf dan sarapan pagi. Peserta juga diajarkan untuk melakukan solat sunat dhuha sebelum aktiviti pantai bermula. Aktiviti bertambah menarik dengan pertandingan membuat layang-layang dan menerbangkannya di kawasan pantai. Seterusnya peserta bermandi-manda dan diselang selikan dengan permainan menarik seperti belalang belatuk dll bagi merapatkan ukhwah sesama peserta. Selesai makan tengahari dan solat zohor, majlis penutupan diadakan dengan beberapa ucapan diberikan oleh Pengerusi Pembina Sarawak, Sdr Mun'aim idrus yang mengucapkan terimas kasih atas kehadiran peserta dan berharap program SM4 ini dapat mengeratkan ukhwah. Seterusnya ucapan kedua disampaikan oleh Sdr Abd Hafidz Yusoff, Biro Pembangunan Sumber Manusia (PSM) ISMA Sarawak. Beliau memberi pesanan kepada pese…