Posts

Showing posts from May, 2011

Sofwah kembali

Image
Alhamdulillah..kemon asen !! (apa khabar?) bhs bangladesh..:-)
Hari ini masih teringat Sofwah yang dalam kenangan. Sebuah rumah sewa  yang menjadi tempat tinggal dan juga markas gerakan bawah tanah sekumpulan budak-budak IPT. Di sanalah tempat tidur, halaqah, mesyuarat, stor barang dan program daurah.  Dengan pintunya entah berapa kali kena pecah tombol sebab kunci hilang dan macam2 lagi..he..Memang kalau dikenang hanya ikhwah dan akhwat sarawak yang sempat berada di zaman itu sahaja akan dapat membayangkan.  Namun hari ini, Sofwah sudah tiada. Apa yang ada hanya kenangan rumah tu masih ade sebenarnya..tapi da ade org lain duduk rasenyer... 
Semasa pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Sarawak, saye masih teringat akhi hafidz ada bawa satu beg yang sangat berat. Di bawa naik ke atas flight pulak tu. Waktu tu ana masih budak hingusan yang tersentuh dengan dakwah. Ingatkan dia bawa belacan, kicap, or kuih kacang yang sedap tu. boleh la jugak minta sikit nanti...rupa-rupanya dia bawa buku-…

Kaedah Berdakwah 10 : Masa adalah faktor efektif keberkesanan dakwah

Image
TULISAN UST AZIZIEE HASSAN. ISMA NEGERI SEMBILAN. http://maalimfitariq.wordpress.com
Sesungguhnya ramai para daie merasa berputus asa atau hilang pengharapan ketika dia menyampaikan seruan dakwah kepada para mad’unya, menggunakan hujah dan bukti yang nyata, namun para mad’unya tidak responsif terhadap seruan dakwah tersebut.Ini berpunca dari sikap para Daie (pendakwah) yang tidak memahami atau mengambilkira keutamaan factor masa sebagai factor penting di dalam menjayakan amal dakwah.Imam As-Shahid Hasan al-Bana mengungkapkan satu kaedah “ al-waqtu juz’un minal ‘ilaj” [ masa adalah sebahagian dari perawatan]. Imam al-Bana mengingatkan para pendakwah agar meletakkan unsur masa sebahagian dari langkah-langkah membaiki umat ini.Kata-kata : ‘Li kulli marhalah rijaluha wa likulli marhalah masyakiluha’ (setiap marhalah dakwah ada rijalnya dan setiap marhalah dakwah itu ada permasalahannya). Justeru para pendakwah dalam memikul masuliyatud ad-dakwah perlu lihat kepada factor masa, f…

Berhenti sekejap!

Image
Sahabatku, mari renungkan bersama;

Pernahkah anda menyaksikan perlumbaan F1? Kereta yang hebat dengan teknologi tinggi automotif itu dengan kepantasan yang mencecah 300km/j bahkan lebih..pada satu-satu ketika ia harus berhenti di Pit Stop..mengapa ya?..Ya kerana ia harus mengisi minyaknya, menukar tayarnya yang haus dll. baru ia dapat meneruskan perlumbaan sehingga ke garisan akhirnya.  Maka begitulah juga dengan jiwa kita wahai diriku dan sahabatku sekalian. Manusia itu hebat, kerana merekalah yang menggunakan akalnya mencipta kereta F1 itu.  Tetapi hakikat hebat itu ada batasnya yang mesti ia tunduk akan kehebatan pencipta-Nya. Agar ia tidak tenggelam dalam maksiat dan kesombongan kerana gahnya.


Memetik kata-kata seorang ulama, di dalam kitab al-Hikam, Ibnu Atoillah berkata:

"Punca segala maksiat , syahwat dan kelalaian ialah berpuas hati terhadap diri sendiri. Punca segala ketaatan, kesedaran  dan kesucian ialah perasaan tidak puas hati terhadap diri. Lebih baik kamu berkawan den…

selamat menghadapi peperiksaan akhir semester

Image
Kepada semua Para Mahasiswa/i yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester saya mengucapkan


SEMOGA BERJAYA DALAM SETIAP UJIAN YANG DIHADAPI.

JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA!
HARAPAN ITU SENTIASA ADA KERANA ALLAH MAHA KAYADANMAHA ADIL

"INGAT!! TINGGI MANA PUN TARGET KALIAN, YANG PENTING IALAH BERAPA TINGGI USAHA KALIAN UNTUK MENCAPAI TARGET ITU"



 bittaufiq wannajah!!

sekian. drpd mun'aim idrus