Posts

Showing posts from February, 2011

Mahasiswa dan Al-Qur an

Perjalanan dalam dunia tarbiyah mengajarkan kita untuk sentiasa menjadikan Al-Quran teman rapat dalam hidup kita. Untuk benar-benar merealisasikannya, kita bukan sahaja dituntut untuk membaca Al-Quran setiap hari, membaca tafsir setiap kali usrah bahkan melaksanakan kandungannya dan tidak lupa juga menghafalnya agar tersemat indah dalam hati dan ingatan kita. Apabila berbicara soal menghafal Al-Quran, Nabi Saw dan para sahabat telah menunjukkan contoh terbaik, tidak kurang juga lahirnya beberapa para profesional zaman kini yang hafal Al-Quran. 
Masih teringat saya ketika awal2 mengikuti tarbiyah, ketka di Matrik Perak. Ketika itu kami sangat jauh dari Al-Quran. Tarbiyah secara perlahan-lahan membawa kami masuk ke dalam dunia yang indah di mana kami sentiasa berdampingan dengan Al-Quran. Pertemuan setiap minggu sentiasa tidak mengecewakan kami dengan beberapa ayat Al-Quran yang di bacakan secara halus menusuk kalbu dan merubah cara fikir dan watak kehidupan kami menjadi watak yang sentia…

Pertandingan Menulis Esei, Puisi dan Poster Sempena Hari Keluarga ISMA Sarawak

Image
A. PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI KELUARGA ISMA SARAWAK
TEMA: UKHUWWAH ERAT, KELUARGA SEPAKAT, DAKWAH BERKATPenyertaan terbuka kepada semua ahli ISMA berumur 18 tahun ke atas, samada pelajar atau pekerja.Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Esei yang ditulis mestilah hasil penulisan sendiri, belum pernah disiarkan dalam mana-mana penerbitan dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber. Karya ciplak, plagiat dan terjemahan tidak akan diterima.Segala kos yang terlibat untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta.Esei hendaklah ditaip dalam jarak langkau 1.5, menggunakan huruf Times New Roman atau Garamond bersaiz 12.Esei yang ditulis hendaklah antara 1000-2000 patah perkataan.Esei boleh dihantar melalui e-mel ke ismasarawak@gmail.com dan  menyerahkan satu salinan kepada Unit Pertandingan, Abdul Hafidz bin Yusoff di e-mel hafidzyusoff@penamujahid.com. Penyertaan hendaklah dihantar selewat-l…

Dasar ke-4

Image
Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya dasar 4 berjalan lancarsejak daripada Dasar 1 sehingga Dasar 4 kita telah berprogram. Semoga para peserta yang hadir dapat manfaat. Seandainya tidak dapat banyak dapat sikit pun jadilah. Sebab dengan hadirnya antum sudah membuatkan hati ana gembira begitu juga ajk-ajk yg lain.Dasar dirangka untuk memenuhi keperluan ahli ISMA dari segi tsaqafah dan merapatkan ukhwah. Sebab itu antara bahan pengisian banyak yang berat dan ada juga yang ringan.Namun untuk Dasar 4 ini ada sedikit perbaikan dan perubahan kita buat, iaitu kurangkan bahan berat dan masukkan bahan yang sesuai dengan peserta. Mohon maaf atas kelemahan program.Saya lihat kita semakin serasi dan semakin gembira atas perubahan yang berlaku. Ini semua adalah atas usaha ikhwah dan akhwat.Satu perkara, sejak dari dasar 1-sampai Dasar 4, nampaknya jumlah peserta akhwat sentiasa melebihi jumlah peserta lelaki. Cuma saya harap kita akan dapat merapatkan jurang itu pada masa h…

Maulidur rasul mengajar erti cinta

Image
salahkah aku bercinta
Cinta itu sungguh luar biasa.  membuat aku sentiasa rindu,  selalu menyebut namanya,  membuat aku suka siapa sahaja yang disenanginya membuat aku sanggup berkorban apa sahaja membuat aku resah gelisah dan tidak senang duduk
siapa yang mengalami cinta akan menyerahkan segalanya demi cintanya siapa yang mengalami cinta akan segera mengejar cintanya semoga kita tidak salah memilih cinta
kerana antara dua cinta itu
akan membawa ke syurga atau neraka sesiapa yang memahami cinta akan menjadi tuannya, bukan menjadi hambanya.cinta itu membuat kita jadi buta dan tuli Pesan Khusus Nabi buat kita:

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia”  [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]
Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini membuat kita : kembali mengenali nabimerasainya betapa nabi mencintai kitainsaf akan kealpaan yang lalukembali mencintai nabi melebihi segala…

Kebangkitan Mesir dan kebangkitan Malaysia

Apabila melihat dalam berita, Kebangkitan rakyat Mesir menuntut Mubarak dan kroni-kroninya letak jawatan. Saya teringat ucapan Tun Mahathir semasa perhimpunan agung UMNO. Beliau berkata, arwah mak dia berpesan, kalau makan, elok berhenti sebelum kenyang, berhenti semasa di puncak kenikmatan dan kelazatan. Maka Tun Mahathir pun berkata selepas itu, elokklah beliau berundur dari kepimpinan negara semasa ketika itu beliau berada di puncak kejayaan. Sebelum orang lain minta dia berundur.Selepas itu terus dia nyatakan hasrat untuk berundur secara terhormat tanpa dipaksa dan demonstrasi seperti di Mesir ketika ini. Saya fikir Mubarak pasti tengah menyesal sekarang sebab beliau tidak mahu berundur cepat2 selepas Presiden Ben Ali dijatuhkan di Tunisia.
Tumpuan dunia ketika ini ialah Mesir. Yang jelas ada 2 pihak sedang bertarung. Pertarungan ini sebenarnya telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad. Pertarungan antara yang Haq dan batil. 
komentar saya, Bagaimana rakyat Mesir mampu berdemonstrasi se…

Catatan ke KEMM (Wakil ISMA Sarawak)

Image
Pada 29 Jan 2011 : Saya bersama Dr Khairol dan 2 akhwat telah pergi ke Konvensyen Sempena 500 Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka di Universiti Teknikal Melaka (UTEM). Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Malaysia (Pembina). Seramai 3600 peserta telah hadir menyertai konvensyen ini. Berikut saya sertakan sekali gambar kenang-kenangan.  Di dalam Dewan Utama UTEM
Makan malam di Restauran nasi lemak Antarabangsa, Dataran Pahlawan, Melaka.
Bersama akhi Alif, Dr.K, Muzamil dan Juan
 Jejak kasih , bertemu dengan ikhwah2.
Bertemu dengan akh Shahril, Amzar dan Amar Bersama Dr. Zainurrashid Zainuddin, Perunding Aman Palestin  Bersama Setiausaha Agung ISMA Sdr.Aminudin dan Ust azizie YDP ISMA N9
 Bersama Murabbi pertama
Bersama Akh Ibrahim keseluruhan Kos perjalanan kami lebih kurang RM1000 +-. Banyak juga kos tetapi pemgalaman dan peluang berjumpa ikhwah sebenarnya lebih bernilai kerana duit tidak mampu menyatukan hati2 kami melainkan Allah SW…