Posts

Showing posts from January, 2011

kewajipan berdakwah

Image
Alhamdulillah Saya masih ingat sebuah pengisian yang disampaikan oleh Ust Fauzi Asmuni, naib presiden ISMA semasa dalam sebuah program di Selangor pada tahun 2010. Tajuk berkenaan Kewajipan berdakwah. Sekarang suatu kewajipan pula untuk dikongsikan bersama anda semua. Bahan ini ringkas dengan isi-isinya menerangkan kepada kita kenapa kita wajib berdakwah, menyeru manusia kepada islam.
Beberapa sebab kita kena berdakwah
1.   Fitrahnya,
binatang seperti semut bila melihat kaumnya terancam dengan kedatangan tentera nabi sulaiman, maka pemimpinnya segera memberi amaran utk menyelamatkan diri daripada bahaya. Kucing juga selamatkan anaknya bila dalam bahaya. Alangkah malunya orang islam jika tiada sensitiviti untuk selamatkan kaumnya yang sedang rosak masa kini. Bila lihat org buat maksiat, kita rasa sayang dan kesian lalu beri nasihat. Bukan biarkan tanpa perasaan. Selemah-lemah iman, bila lihat maksiat/munkar kita benci dalam hati.
"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatala…

Pelancaran Website ISMA Sarawak

Image
Pada 16 Jan 2011 laman web ISMA Cawangan Sarawak (Kuching) telah berjaya dilancarkan. Diahrapkan dengan adanya web ini, dapat memberi manfaat buat semua ahli ISMA dan masyarakat umum untuk lebih mengenali ISMA dengan lebih dekat, terutamanya masyarakat di negeri sarawak. Disamping dapat memberi informasi terkini mengenai aktiviti dan berita terkini ISMA Sarawak.


sila klik untuk ke website > http://ismasarawak.com

Tetap bersama Dakwah ini

Image
Kita dan dakwah

Ingatkan diri kalian bahawa dakwah yang kita bawa ini muncul ketika banyak  manusia tidak lagi berminat dengan fikrah islam, masyarakat hari ini telah larut dalam dunia yang memperdayakan. Mereka terpengaruh dengan fikrah dan fahaman barat yang ternyata menjauhkan mereka daripada fikrah islam yang suci itu. Dalam situasi ini, maka dakwah ini tetap harus berjalan dengan tujuan dan objektifnya yang jelas. Mencari jiwa-jiwa baru untuk dibina dengan fikrah islam lalu menjadikan mereka sebahagian daripada saff dakwah ini. Janganlah kita lalai dan termasuk dalam golongan yang tercicir. (47:38).  Perlu diingat oleh setiap Akh bahawa dakwah ini memerlukan seseorang akh untuk sentiasa bersedia mengorbankan dan memberikan waktu, harta, tenaga, nyawa dan segala yang dimiliki di dunia ini untuk membina masa depannya di akhirat kelak. bukanlah sia-sia, tetapi ini adalah sebuah perniagaan dengan Allah
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka …