Posts

Showing posts from November 10, 2010

Kereta dakwah Kita rosak ? Jom repair!!

Image
Hujan rahmat yang turun malam tadi ketika kami sedang berUsrah memainkan rentak muzik yang menenangkan jiwa. Jasadku merasai kesejukan yang dibawa oleh udara malam membuatkan ia makin tenang. Alhamdulillah sesi musykillah dan laporan dalam usrah kali ini agak banyak isu yang dibangkitkan. Dari laporan biasa sampailah kepada laporan luar biasa. Ustadz pula begitu konsentrasi dengan penuh tanggungjawab cuba memahami segala laporan dan masalah yang timbul untuk diselesaikan bersama.  Masih ingat lagi, agak lama juga usrah ini untuk sampai ke tahap hari ini. Dimana saat ini kami sudah semakin serasi dan memahami antara satu sama lain. Masing-masing merasai dan memahami rentak seni dakwah yang berbeza untuk disatukan menjadi gabungan mantap. Kerana disinilah nukleus dakwah kita. Kelancaran di sini akan menjamin kelancaran nuklues-nukleus yang lain.
Mungkin beberapa masalah yang timbul beberapa minggu ini boleh diumpamakan seperti  kisah sepasukan jurutera automobil yang sedang cuba memasan…