Posts

Showing posts from September 5, 2010

10 hari terakhir Ramadhan

Pecutan akhir 10 malam terakhir Ramadhan
Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr?  Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera)  malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).
Malam-malam yang kita lalui sungguh indah nilainya apabila dihiasi dengan amalan-amalan bernilai ibadah. segalanya kita lakukan hanya kerana Allah swt. Oh indahnya pemandangan di langit UNIMAS pada waktu tengah malam, bintang-bintang berkerlipan dengan sekali-sekala dibuai angin sejuk bumi kenyalang memang membahagiakan sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Alhamdulillah kita telah diberi peluang sekali lagi untuk memasuki fasa terakhir di bulan ramadhan. Hari ini, kita bertekad untuk melipatgandakan amalan, bahkan memohon ampun setiap malam agar dijauhkan daripada azab api neraka. Semua orang berusaha bersungguh-sun…