Posts

Showing posts from July 30, 2010

Jaulah Aman Palestin ke Sri Aman (Sarawak) siri-2

Image
JAULAH AMAN PALESTIN SARAWAK KUCHING - SRI AMAN SIRI 2
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t yang Maha kuasa, Jaulah Aman Palestin (AP) ke Sri Aman siri-2 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Jaulah kali kedua ini telah diketuai oleh Perunding Aman Palestin Sarawak, Ust. M.Nazri Mohd Nor dan disertai para sukarelawan AP seramai 11 orang daripada UNIMAS, UITM  dan Asasi UNIMAS. Rombongan ini memulakan perjalanan daripada Kuching ke Sri Aman  selama hampir 4 jam. Di Sri Aman, ceramah AP telah diadakan di Masjid Sri Aman dan MRSM Betong. Selain aktiviti ceramah, gerai pameran dan jualan buku dan cenderamata AP turut diadakan sebagai aktiviti sokongan. Alhamdulillah, aktiviti ceramah dan gerai jualan dan pameran telah mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat islam Sri Aman. Di MRSM Betong, selain ceramah AP, para sukarelawan yang terdiri daripada warga IPT turut mengambil kesempatan mengadakan slot motivasi pelajar dan berkongsi kisah kejayaan mereka di Me…