Posts

Showing posts from June 24, 2010

beli Motor baru RM4000

Image
Gambar 1:  Mohamet tengah fikir, nak beli ke tak nak motor ni.23jun2010
 Semalam, menemankan seorang kawan baru beli motor baru, dia merupakan pelajar dari turki yang akan megambil jurusan bisnes/ekonomi di UNIMAS. Semasa awal perkenalan dengan dia adalah di surau kolej alamanda. ketika itu ingatkan dia orang arab saudi, rupa-rupanya bila taaruf, dia asal turki, mak dia orang arab. namanye mohamet shahabattin.
Banyak cerita ana dapat tentang turki daripada dia. Terutama tentang Erdogan. Memang bagus dan dia juga antara orang yang menyokong Erdogan. Dia kata, seronok duduk Malaysia sebab harga minyak murah, makan murah, sewa kolej murah, muslimah boleh bebas pakai tudung, senang nak cari masjid untuk sembahyang dan agama islam begitu hidup dan nampak diamalkan di sini. Berbanding negara Turki, dia kata sekular begitu kuat, sehingga Islam begitu asing di sana. bahkan di universiti, tidak boleh pakai tudung.
Satu lagi ana begitu malu apabila dia tegur perempuan islam kita. dia kata , pelik…