Posts

Showing posts from January 18, 2010

memoar tarbiyah (1)

salam,

Tulisan ini sebenarnya sudah lama ana tulis dan tersimpan dalam laptop. ana serik dan kesal apabila laptop ana hilang sebelum ini bersama-sama dengan banyak diari catatan dakwah yang ana karang . jadi Insyaallah ana cuba kongsikan apa yang boleh dalam blog ini.Supaya sekurang-kurangnya menjadi perkongsian pengalaman hidup kita yang tidak seberapa ini.

Mengamati sejarah kehidupan ini, ku temui sesuatu yang memberi erti dalam kehidupan.
Melalui satu demi satu kisah-kisah dalam kehidupan amat memberi erti dalam diari kehidupanku ini. Aku merasakan masa begitu pantas dan kini sudah hampir masanya aku di penghujung hayat.

Wahai ikhwah dan akhwat,
Sesungguhnya masa akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Kitalah yang harus mengejar waktu. Bukankah tuhan telah berfirman dengan lafaz “demi waktu” begitu banyak sekali di dalam Al-quran. Dalam surah al-asr, Asy-syams, dan sebagainya.

Kini telah 4 tahun lebih tercatat dalam sejarah dimana dakwah kita berjalan di bumi Sarawak. Sejak pertama ka…