January 15, 2018

Semester baru bermula


Setelah berakhir semester July 2017, kini memasuki semester baru Jan 2018. Hanya pensyarah akan kisah pasal semester ini. Aku menghitung jadual dan kegiatan untuk semester baru, semoga segalanya berjalan lancar.

tidak banyak perkara berlaku minggu ini untuk dikongsikan melainkan ada beberapa projek yang aku kena selesaikan.

Untuk program BIDAK, aku kena segera dapatkan beberapa masjid untuk jalankan kerjasama. Sempena kempen subuh berjemaah pada 31 Jan 2018 ini. Untuk program NAzim, aku kena plan dengan wife untuk buat di taman perumahan aku ini. Kalau kat surau rumah aku, agak payah sikit sebab ada insiden berkaitan anak aku. Deme kena ban. adoi. jadi aku solat di masjid taman sebelah.

Untuk Vlog, plan nak buat short movie yang pertama dengan anak-anak usrah. harap-harap berjaya. tak tahu lah, yang berbakat berlakon semua dah pergi intra jauh-jauh. Jadi mana yang ada aku ambil sahaja. Malangnya kamera aku jatuh, anak tarik, pecah screen display. tapi masih berfungsi. Adoi. Apa nak buat. Alhamdulillah satu malam sahaja abih shooting. Tengah buat editing. 

Untuk PhD, aku kena siapkan progress report dan buat proposal semula sebab banyak lagi tidak cukup. Juga dalam dilema sebab samada nak tukar material atau kekal dangan yang asal. masalah sekarang tiada geran sahaja. jadi aku kena buat proposal untuk geran juga.

aku belek-belek berita, Allah Gaza kenas serang semalam. Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di sana. Sempadan Rafah ditutup. Memang aku rasa gila dah aku kalau aku duduk Gaza. Entah macam mana mereka boleh kuat, patut lah Allah takdirkan mereka di sana. Kekuatan mental dan fizikal memang power. Kalau orang Malaysia, isu air xde sahaja dah bising, belum lagi isu harga minyak dan  sebagainya. Orang palestin, dah berkurun mereka dikepung, masih bertahan. MasyaAllah. 

Palestin memang real dan bukti kebenaran Al-Quran. Kisah bani Israel yang mana kini keturunan merekalah yang mem buat kerosakan di bumi Palestin. 

Di bumi malaysia, bangsa apakah pula yang membuat kerosakan. Ini kena kaji sejarah. Sejarah dulu dan kini. Kalau tidak kita memang senang dipegunakan dan akhirnya semua tanah dan kuasa kita dirampas secara halus. Meskipun kini sudah mula nampak tanda-tanda kita mula hilang kuasa mengamalkan agama dan undang-undang kita sendiri. 

Dengar cerita Pilihanraya sudah dekat. aku pun tidak faham, kenapa la nak rahsia sangat pilihanraya ni, bagitahu je la bila tarikh, senang la sikit. Ini tidak banyak pula rahsia, banyak pulak spekulasi. Kalau kita betul-betul buat kerja, betul-betul turun padang buat kerja, insyaAllah yakin menang, mesti kita tidak perlu nak rahsia-rahsiakan tarikh PRU. 

Kat Malaysia ni, itulah. menyusahkan betul. Tarikh PRU pun rahsia. Kalau bagitahu awal-awal senang la rakyat nak melihat siapa yang benar-benar jujur, ikhlas dan berkhidmat utk rakyat. Ini tidak, dekat PRU baru nampak batang hidung. Puih...berlakon tak sudah.




January 12, 2018

Farid Kamil dan aku


Apabila kecoh satu negara Dato Farid Kamil ditangkap dan positif dadah. Aku pun terkejut, tetapi aku berada satu tapak dihadapan. Kenapa? kerana aku pernah berada dalam situasi dimana abang aku jadi macam tu. 

Aku ade 5 orang abang, jadi aku boleh rahsiakan identiti dia. Cuma aku nak kongsi, kadang-kadang bukan salah dia jadi macam tu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia berlaku. Dunia internet sekarang ini begitu cepat menghina dan mengeji seseorang. Nasib la sebab dia artis dikenali. 

Apabila abang kita kena tahan polis, masa ni jangan harap sangat kawan-kawan nak tolong. yang akan tolong samada mak bapak dan adikd beradik kita. Merekalah yang perlu rapat dan bantu ikat jamin dan sebagainya. Kita tidak tahu perkara sebenarnya apa yang berlaku kepada Farid Kamil. 
sampai dia amik ganja. Adui, mesti ade sebab. Dia orang baik dan ada akal, kita semua kenal. Tapi kadang-kadang bila hilang arah dan punca. Kita cenderung melakukan sesuatu.

Aku rasa kalau dia waras masa tu, dia takkan tampar dan tendang polis dan brader tu. Biasanya dibawah pengaruh dadah memang tak sedar. Aku pernah tengok abang aku mengamuk tiba-tiba, sampai nak bakar kereta adik ipar dia. Terkial-kial aku kejar dia masa tu x waras dah pi kedai-kedai cari botol minyak nak bakar. Aku masa tu umur budak hingusan sahaja. Memang sedih giler. Mak aku dengan aku terjerit-jerit merayu kat dia, tapi dia tidak sedar sebab dadah. Allah.

Aku faham benar bila kes Farid Kamil ni, InsyaAllah bila dia dah sedar, memang dia akan menyesal. Tapi apa nak buat, undang-undang tetap undang-undang. Kena bicara sahaja lah. Tapi kesan pada isteri memang padu, sebab dia orang terkenal.

Aku nasihat kepada kelaurga dia, tolong farid kamil sampai bicara. tolong sebab ahli keluarga sahaja boleh harap. Orang luar belum tentu. 


Kadang-kadang aku fikir masa dulu, abang aku kena tangkap polis adalah berkat doa mak aku. menangis dia lepas solat berdoa agar Allah selamatkan anaknya. Kita dah jenuh nasihat, akhirnya dapat call Polis kata dia kena reman. Alhamdulillah. Lebih kurang risau bila polis jaga. sampai tahap tu.

Bila kena tahan polis, bagi aku itu tandanya Allah sayangkan dia, mungkin berkat doa isteri dan mak dia supaya selamatkan dia, kalau tidak dia entah pukul sesapa kat jalan, tidak ke naya kalau orang lain belasah dia sampai lenjun. Kat balai, polis tahan selamat la kot. Orang yang bawah pengaruh ni, senang je, jangan kita kasar dengan dia, jangan bagi dia marah. Ada hikmah semua ni. ALlah sayangkan dia.

Aku yakin benar, ade la tu sesapa provoke dia sampai nak tampar dan tendang. Orang macam ni kena cakap perlahan-lahan dan diplomasi. Aku respek kat sorang abang aku, kira taiko la dalam keluarga kami. Abang aku yang kena dadah ni, kalau dia mengamuk ke ape ke, mak aku mesti akan call achoy abang aku ni. sebab dia je pandai slow talk dan diplomasi dengan abang aku sorang ni. Aku pun x boleh nak salahkan abg aku ni kenapa dia jadi macam ni.

Suasana persekitaran kami dulu memang banyak negatif dan bahaya. Alhamdulillah berkat kesabaran keluarga dan mak ayah. sekarnag abang aku ni sedang mengikuti pantauan polis dan kaunseling dengan AADK.

Kepada keluarga Farid Kamil, aku nasihat tolong dia dan jangan sisihkan dia. Dia dah besar, insyaAllah dia boleh fikir. Cuma sebab dia artis, jadi contoh tidak baik la napak gaya dan pelaris media massa. Manusia tidak sempurna, mesti diberi peluang kali kedua.

Kita kena sedar, di luar sana tu, ada berpuluh kes dadah macam ni, berpuluh ribu keluarga merana dan menderita. Terima kasih Polis dan AADK. Teruskan usaha anda.
sama-sama kita membantu kawan-kawan yang terdekat dan ahli keluarga yang terdekat. 



Adios. 

January 11, 2018

kena marah lagi bawak anak ke masjid


kadang-kadang kita terpaksa angkut semua anak-anak ke masjid. Bukan sengaja, tetapi ada sebab. Kita cuba kawal sebaik-baiknyer. tapi dah namanya budak-budak. Mesti dia ada main sikit-sikit. Mungkin sesetengah orang faham, mungkin sesetengah orang tidak faham.

Tetapi tiada orang yang ingin datang bertanya dan memeluk anak-anakku. (isteriku kurang sihat ini malam nak bagi dia rehat 15 minit shj).
Rasa macam hina dan kejinya membawa anak-anak ke masjid.




Rasa lain kali kalau bawak anak ke masjid, nak seleteb dan ikat kaki tangan anak-anak agar tidak ganggu solat. Tapi takkan la nak buat macam itu, jadi kes lain pulak.

Bila isteri sakit - kita cuba bagi sedikit kerehatan bawak anak-anak ikut ke masjid. Boleh sahaja bawak ke shopping mall. Tapi bocor la duit nanti dan tidak sesuai sebab akan jadi lama, waktu malam pula dan sebagainya. Masjid la sesuai. sebab tempat tenang dan damai, disamping kita boleh solat berjemaah.

Dimasjid jugak kita rasa dekat dengan Allah, kita nak doa agar Allah sembuhkan segera isteri kita dan sebagainya. Serabut dah fikiran ni. Macam-macam masalah fikir. Kita nampak masjid sahaja. Kita nak mai solat isyak sahaja. Nak doa sekejap lepas solat. sambil terpaksa angkut 3 anak. paling kecik setahun 9 bulan. dah dapat kaki dah. tapi dia paling x bising. abang-abang dia sahaja bising sikit. tapi dah ajar dah agar senyap dan solat sekali.

malangnya malam ini kena sound lagi. "Encik jangan bawak lagi anak-anak ke masjid. mengganggu orang solat!!

sabarlah wahai diriku. Genetik anak-anak ku ini memang susah nak duduk diam. Bila bawak anak-anak ke masjid boleh la mereka dapat dengar ayat-ayat Quran bacaan imam yang merdu. Seronok bila kaki melangkah sahaja memasuki pagar masjid, suara imam kedengaran membaca surah Al-Fatihah. Lantas itu juga suara anakku mengikuti bacaan imam. seronoknya mendengarnya.

Bukan kita tidak pesan, dah pesan, siap aku dah cubit dah anakku semasa solat baru dia diam. Rasanya malam ini tidaklah bising sangat. aduhai. sabar.

Memang salah aku bawak anak-anak kecil ke masjid, sepatutnya aku bawak mereka ke kuil atau gereja. di sana mungkin mereka boleh bermain disamping aku tumpang solat kot.

atau aku bawak mereka ke aeon, jalan -jalan sana. bawak mereka main games dan sebagainya. Tapi x larat la. baby ali mesti nak tidur meragam nanti.

Sabarlah. aku berdoa agar pak cik pak cik itu faham suatu hari nanti. aku doakan biar anak cucu mereka merasa apa yang aku rasa. Rasa sedihnya kena marah ini lebih pedih daripada rasa terganggu solat mendengar suara budak-budak tidak berdosa bermain.

Khusyuk sangat ke solat tu sampai nak halau kanak-kanak mendekati masjid!! hawau betul!! bak kata orang melaka. ikutkan hati memang nak gaduh dan sound balik macam ini..

" minta maaf pak cik, saya terpaksa bawak anak saya ke masjid malam ni. isteri saya kurang sihat malam ni. Anak-anak bising dirumah. Malam ni je saya bawak ke masjid ni pak cik, malam esok lusa saya bawak ke aeon, tesco, TF, kuil, gereja!! kat sana xde orang nak halau saya dan anak-anak rasanya. !! minta maaf banyak-banyak."' " maaf yea pak cik, suara anak saya ni macam suara anjing kot yea, xpun macam bunyi suara keldai, ganggu solat pak cik!! xper pak cik lepas ni saya haramkan anak-anak saya ke masjid ini.!!biar deme solat dirumah sahajalah. semoga pak cik khusyuk sentiasa di masjid ini!! Amin...


Itulah luahan hati kalau nak ikutkan sangat. Bodoh!! sape suruh bawak anak kecil ke masjid. bangang! bajet bagus bawak anak kecik ke masjid! bajet nak didik anak sejak kecil la. gampang!! biar anak dah besar sikit baru bawak ke masjid. Bodoh kamu ni. dah tau anak tu tak boleh duduk diam.

simpan kat rumah dah la. ini tidak, suara anak kamu tu bising, x reti duduk diam! ganggu orang solat!!

inilah suara-suara bermain dalam fikiran sepanjang balik ke rumah..suara syaitan mula masuk dalam diriku. Lalu syaitan menghasut halus agar aku merotan anak-anak ku yang tidak dengar cakap supaya senyap dan solat di masjid. Masuk sahaja pintu rumah, lalu aku mencari batang hanger. Piap!! piap!! rotan dihayun ke kaki dan punggung anak-anak yang bising!! aku hilang kawalan apabila teringat suara-suara haram jadah itu memarahiku.
marah menghantui menjadikan anak-anak mangsa dendam kesumat. lantas bangun si isteri yang keletihan meleraikan kekusutan dan menenangkan jiwa. sabar wahai suamiku. sabar, anak-anak kita tidak berdosa. sabar.........

kau lihat apa yang kau telah buat? siapa yang menjadi mangsa?

adakah ini fantasi atau realiti?

fikir-fikirkan....


Padahal, nabi kita Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassallamjustru berinteraksi dengan anak-anak di masjid saat shalat. Perlakuan Rasulullah ini  sangat berbeza jauh dengan kenyataan yang dilakukan oleh sebahagian org Muslim terhadap anak-anak yang suka bermain di masjid.
Berikut beberapa peristiwa sikap yang dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassallam pada anak-anak di masjid. Tulisan ini diambil dari Judul Asli طرد الأطفال من المسجد بحجة التشويش على المصلين  dari laman http://ar.islamway.net yang diterjemahkan  Kivlein Muhammad.
Tulisan ini diharapkan sebagai pelajaran, agar kita dapat meneladani baginda Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassallam.
Pertama, adalah Sahabat Nabi yang bernama Syaddad ra meriwayatkan, bahwa Rasulullah datang – ke masjid- mau shalat Isya atau Zuhur atau Asar sambil membawa -salah satu cucunya- Hasan atau Husein, lalu Nabi maju kedepan untuk mengimami shalat dan meletakkan cucunya di sampingnya, kemudian nabi mengangkat takbiratul ihram memukai shalat. Pada saat sujud, Nabi sujudnya sangat lama dan tidak biasanya, maka saya diam-diam mengangkat kepala saya untuk melihat apa gerangan yang terjadi, dan benar saja, saya melihat  cucu nabi sedang menunggangi belakang nabi yang sedang bersujud, setelah melihat kejadian itu saya kembali sujud bersama makmum lainnya. Ketika selesai shalat, orang-orang sibuk bertanya, “wahai Rasulullah, baginda sujud sangat lama sekali tadi, sehingga kami sempat mengira telah terjadi apa-apa atau baginda sedang menerima wahyu”.  Rasulullah menjawab, “tidak, tidak, tidak terjadi apa-apa, cuma tadi cucuku mengendaraiku, dan saya tidak mau memburu-burunya sampai dia menyelesaikan mainnya dengan sendirinya.” (HR: Nasa’i dan Hakim)
عن شداد رضي الله عنه قال: خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم في إحدى صلاتي العشي الظهر أو العصر وهو حامل حسناً أو حسيناً، فتقدم النبي صلى الله عليه وسلم فوضعه عند قدمه ثم كبر للصلاة، فصلى، فسجد سجدة أطالها!! قال: فرفعت رأسي من بين الناس، فإذا الصبي على ظهر رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ساجد! فرجعت إلى سجودي، فلما قضى رسول الله صلى الله عليه وسلم الصلاة، قال الناس: يا رسول الله إنك سجدت سجدة أطلتها حتى ظننا أنه قد حدث أمر أو أنه يوحى إليك؟ قال: “كل ذلك لم يكن، ولكن ابني ارتحلني، فكرهت أن أعجله حتى يقضي حاجته” (رواه النسائي والحاكم وصححه ووافقه الذهبي)
Kedua, Abdullah Bin Buraidah meriwayatkan dari ayahandanya: Rasulullah sedang berkhutbah -di mimbar masjid- lalu -kedua cucunya- Hasan dan Husein datang -bermain-main ke masjid- dengan menggunakan kemeja kembar merah dan berjalan dengan  sempoyongan jatuh bangun- karena memang masih bayi-, lalu Rasulullah turun dari mimbar masjid dan mengambil kedua cucunya itu dan membawanya  naik ke mimbar kembali, lalu Rasulullah berkata, “Maha Benar Allah, bahwa harta dan anak-anak itu adalah fitnah, kalau sudah melihat kedua cucuku ini aku tidak bisa sabar.” Lalu Rasulullah kembali melanjutkan khutbahnya. (HR: Abu Daud)
وعن عبد الله بن بريدة عن أبيه رضي الله عنه قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأقبل الحسن والحسين رضي الله عنهما عليهما قميصان أحمران يعثران ويقومان، فنزل فأخذهما فصعد بهما المنبر، ثم قال: “صدق الله، إنما أموالكم وأولادكم فتنة، رأيت هذين فلم أصبر”، ثم أخذ في الخطبة (رواه أبو داود).
Ketiga, dalam Hadis lain diceritakan, bahwa Rasulullah shalat, dan bila beliau sujud maka Hasan dan Husein bermain menaiki belakang Rasulullah. Lalu, jika ada sahabat-sahabat yang ingin melarang Hasan-Husein maka Rasulullah memberi isyarat untuk membiarkannya, dan apabila setelah selesai shalat rasulullah memangku kedua cucunya itu. (HR: Ibnu Khuzaimah)
وفي حديث آخر: كان الرسول صلى الله عليه وسلم يصلي، فإذا سجد وثب الحسن والحسين على ظهره، فإذا منعوهما أشار إليهم أن دعوهما، فلما قضى الصلاة وضعهما في حجره (رواه ابن خزيمة في صحيحه).
Keempat, Abu Qatadah ra mengatakan: “Saya melihat Rasulullah saw memikul cucu perempuannya yang bernama Umamah putrinya Zainab di pundaknya, apabila beliau shalat maka pada saat rukuk Rasulullah meletakkan Umamah di lantai dan apabila sudah kembali berdiri dari sujud maka Rasulullah kembali memikul Umamah.” (HR. Bukhari & Muslim)
وقال أبو قتادة رضي الله عنه: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وأمامة بنت العاص -ابنة زينب بنت الرسول صلى الله عليه وسلم- على عاتقه، فإذا ركع وضعها وإذا رفع من السجود أعادها (رواه البخاري ومسلم).
Kelima, pada Riwayat Lain Dari Abu Qatadah, mengatakan “……… pada saat rukuk Rasulullah meletakkan Umamah di lantai dan apabila sudah kembali berdiri dari sujud maka Rasulullah kembali memikul Umamah. Dan Rasulullah terus melakukan hal itu pada setiap rakaatnya sampai beliu selesai shalat.” (HR:Nasa’i)
وفي رواية أخرى عن أبي قتادة رضي الله عنه قال: بينما نحن جلوس في المسجد إذ خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم يحمل أمامة بنت أبي العاص بن الربيع -وأمها زينب بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم- وهي صبية يحملها، فصلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وهي على عاتقه يضعها إذا ركع ويعيدها إذا قام، حتى قضى صلاته يفعل ذلك بها (رواه النسائي).
Keenam, dalam hadis yang lain Rasulullah berkata, “Kalau sedang shalat, terkadang saya ingin shalatnya agak panjangan, tapi kalau sudah mendengarkan tangis anak kecil -yang dibawa ibunya ke masjid- maka sayapun menyingkat shalat saya, karena saya tau betapa ibunya tidak enak hati dengan tangisan anaknya itu.” (HR: Bukhari Dan Muslim)
وفي حديث آخر: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “إني لأدخل في الصلاة وأنا أريد إطالتها فأسمع بكاء الصبي فأتجوّز في صلاتي مما أعلم من شدة وجد أمه من بكائه” (رواه البخاري ومسلم).
Ketujuh, Anas meriwayatkan, “Pernah Rasulullah shalat, lalu beliau mendengar tangis bayi yang dibawa serta ibunya shalat ke masjid, maka Rasulullah pun mempersingkat shalatnya dengan hanya membaca surat ringan atau surat pendek. (HR: Muslim)
وفي رواية أخرى: قال أنس رضي الله عنه: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يسمع بكاء الصبي مع أمه وهو في الصلاة فيقرأ بالسورة الخفيفة أو بالسورة القصيرة (رواه مسلم).
Kedelapan, pada hadis lain diriwayatkan bahwa Nabi memendekkan bacaannya pada saat shalat Subuh (dimana biasanya selalu panjang), lalu sahabat bertanya: “Ya Raslullah kenapa shalatnya singkat, enggak biasanya? Rasulullah menjawab, “saya mendengar suara tangis bayi, saya kira ibunya ikutan shalat bersama kita, saya kasihan dengan  ibunya.” (HR:  Ahmad)
وفي حديث آخر أن النبي صلى الله عليه وسلم: جوّز ذات يوم في الفجر -أي خفف- فقيل: يا رسول الله، لم جوزت؟! قال: “سمعت بكاء صبي فظننت أن أمه معنا تصلي فأردت أن أفرغ له أمه” (رواه أحمد بإسناد صحيح).
Sembilan, Sahabat Nabi Yang Bernama Rabi’ menceritakan bahwa pada suatu pagi hari Asyura Rasululah mengirim pesan ke kampung-kampung sekitar kota Madinah, yang bunyinya “Barang siapa yang sudah memulai puasa dari pagi tadi maka silahkan untuk menyelesaikan puasanya, dan bagi yang tidak puasa juga silahkan terus berbuka”. Sejak saat  itu kami senantiasa terus berpuasa pada hari Asyura, begitu juga anak-anak kecil kami banyak yang ikutan berpuasa dengan kehendak Allah, dan kami pun ke masjid bersama anak-anak. Di masjid kami menyiapkan mainan khusus buat anak-anak yang terbuat dari wool. Kalau ada dari anak-anak itu yang tidak kuat berpuasa dan menangis minta makan maka kamipun memberi makanan bukaan untuknya”. (HR. Muslim)
وعن الربيع بنت معوذ رضي الله عنها قالت: أرسل رسول الله صلى الله عليه وسلم غداة عاشوراء إلى قرى الأنصار التي حول المدينة: “من كان أصبح صائماً فليتم صومه، ومن كان أصبح مفطراً فليتم بقية يومه” فكنا بعد ذلك نصومه ونصوم صبياننا الصغار منهم إن شاء الله، ونذهب إلى المسجد فنجعل لهم اللعبة من العهن، فإذا بكى أحدهم على الطعام أعطيناها إياه عند الإفطار (رواه مسلم)،
Demikianlah betapa Rasulullah dan para Sahabat memanjakan anak-anak di masjid meski lumayan seru karena yang namanya anak-anak pasti akan menimbulkan berbagai gangguan keributan dan tangisan yang menyebabkan shalat atau ibadah jadi terganggu.




bila isteri jatuh sakit



Alhamdulillah setelah dua hari isteri ku sihat kembali. Oh nikmat apakah ini, seperti hidup kembali cergas. begitulah lumrah kehidupan, apabila isteri tidak sihat, kucar kacirlah kehidupan si suami.

Mengambil alih beberapa tanggungjawab menguruskan anak-anak, memasak, membersihkan rumah, membawa ke klinik, membasuh baju, tidurkan anak-anak, mengejutkan anak-anak, memandikan dan sebagainya. Jika sebelum ini tugas-tugas ini dilakukan bersama-sama. tetapi kadang-kala Allah beri masa untuk uji kita.

Alhamdulilah isteriku sudah sihat kembali. Inilah nikmat dalam berumah tangga. Kita akan rasa apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Bagi sahabat yang belum berkahwin, segeralah berkahwin, InsyaAllah banyak pekara akan mematangkan kita sebagai lelaki.
gambar kami sekeluarga


Antara perkara yang aku lakukan kini di rumah seperti:

1. kejut anak-anak bangun pagi, mandikan mereka, soalt subuh, srapan bersama-sama.
2. menghantar mereka ke sekolah
3. menjemur pakaian
4. pergi kerja.
5. jam 5 petang - ambil anak-anak daripada tadika.
6. jam 5.45 lebih kurang - melayan anak-anak bermain di luar rumah.
7. 6..15 - masak makan malam. jika isteri ku masak, aku tolong jagakan anak2. sapu lantai dan Mop lantai. (maklumlah anak lelaki memang selalu akan kotor lantai, pasir-pasir daripada luar semua melekat kat kaki mereka.)
8. 6.30 ptg - mandikan anak-anak. aku akan mandi sekali dengan si kecil baby untuk kuatkan bonding.
9. 7 malam -  semua dah ready untuk solat maghrib. membawa anak-anak ke masjid, berilir-gilir. kalau bawak dua2 emmang mereka main sahaja. x jadi. uamr dan ayyash dah tahu giliran mereka. selang seli. hehe. mungkin nanti mereka dah besar baru boleh bawa semua sekali.
10. 7.30 - makan malam
11. 8.00 malam -  makan malam - mengaji - solat isyak
12. 9.00 malam - saat menidurkan mereka. bacakan buku cerita, kemudian tidurkan mereka. Perkara ni jika aku tiada apa-apa aktiviti/program NGO baru terlaksana dengan baik.
13. selepas jam 10 malam, barulah aku boleh buat apa-apa kerja sendiri. inilah rutin sebagai bapa setakat ini.

walau apa-pun jadual kita, ia mestilah fleksibel tetapi mesti ada kerangka. Banyak perkara kita kena korbankan masa anak-anak usia begini. Kita tidak lagi boleh main bola petang-petang dengan kawan-kawan. Sekali - sekala mungkin boleh. Aku pun kalau nak main badminton atau futsal, sebulan sekali main waktu malam. Ataupun semasa weekend. Mungkin kena cari waktu lain , maybe awal pagi jogging sedikit dan sebagainya.
Walau apa -pun, masih banyak kita kena belajar bagaimana orang - orang yang Berjaya mendidik anak-anak mereka. Zaman kini semakin mencabar. Jika main-main dalam usaha mendidik anak-anak, memang takut-takut kita menyesal kemudian hari.






January 9, 2018

akhirnya bot wakaf Ar-Ridzuan diserahkan kepada MAIPk

Tahun lepas kami di UniKL MIMET menerima sebuah projek daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak bagi membina sebuah bot 30 meter untuk wakaf nelayan.

Alhamdulillah pembinaan bot berkenaan telah selesai dan telah diserahkan kepada MAIPk. Majlis secara sedarhana sebagai simbolik penyerahan telah diadakan di UNIKL MIMET.

Saya sebagai part time youtuber la kononya pun telah semangat merakam detik-detik bersejarah berkenaan. Alhamdulillah kini anda boleh saksikan melalui channel youtube saya "mun'aim idrus"

Mudah cerita saya letakkan di bawah  supaya anda senang untuk menontonnya. Projek ini telah melalui perbincangan yang ketat di pihak MAIPK dengan majlis Fatwa negeri Perak bagi memastikan projek bot waqaf ini dapat membina ekonomi ummah.

Bot ini nanti akan disewakan oleh persatuan nelayan. Hasil sewaan akan dibahagi dua;
1. 50% akan dimasukkan ke tabung penyelenggaraan
2. 50% lagi akan dimasukkan ke dalam tabung modal pusingan bagi membina bot kedua dan seterusnya.


January 7, 2018

Teknik bonding anak kecil dengan ayah

Satu masalah saya hadapi dengan anak no 3 adalah kurang rapat. Sebab anak no 3 ni dia rapat dengan mak dia. setelah setahun lebih dia masih rapat dengan maknya. Oleh itu, saya pun mencuba berbagai teknik untuk membentuk hubungan yang rapat dengan dia. Antara teknik yang saya gunakan adalah;

1. mandi bersama - Teknik ini entah satu hari wife balik rumah beritahu kawan dia share dengan dia. Katanya berkesan. Bila mandi tu, biar air mandian mengalir daripada bapa kepada baby. haha, bunyi macam lawak, tapi sebab dah wife dah suruh. ikut sahajalah.
2. makan bersama dengan kita (bapa) yang suap dia.
3. bawa dia jalan-jalan waktu petang di padang dan sebagainya.
4. solat bersama dengan dia. Solat sambil dukunng ke, atau letak dia disisi. Yang ni hanya boleh buat di rumah sahaja.
5. basuhkan berak dan tukar lampin dia.
6. Main bersama dia, bergurau senda dan eye contact mesti ada.


Gambar 1: Anak no 3 saya, Ali Rantisi


kesimpulan saya, banyakkan bapa yang bersama si anak pada waktu siang, dan malam biarkan dia dengan maknya. Tetapi cabaran nya ialah jika kita sebagai bapa sibuk bekerja. Oleh itu, berusahalah menciptakan kesempatan dan kurangkan alasan. 
Kenapa penting bapa kena ada bonding yang kuat dengan anak? Supaya kita dapat rehatkan si Ibu. Anak yang nak menepek dengan mak dia sahaja akan meletihkan si ibu yang kita tahu banyak jugak kerja-kerja di rumah mereka nak buat. Jika si ibu atau wife kita selesa dan rasa cukup rehat di rumah, maka insyaAllah rumah tangga kita akan makin harmoni dan bahagia.




January 5, 2018

Pesanan Ustaz

kelmarin aku menghadiri liqa dengan ustaz,

Maka ustaz berpesan agar menjaga solat malam. Bangunlah sebelum subuh dan hidupkan masa itu dengan tahajjud dan tilawah Al-Quran. Sesungguhnya daripada situlah datangnya kekuatan untuk melakukan dakwah. Itulah sumber kekuatan seorang dai. Allah.. terasa seolah-olah telah lama aku meninggalkan tahajjud dan tilawah di awal waktu sepertiga malam.

Tahun 2018 ini akan ada lebih banyak tugasan dan program yang aku kena buat untuk dakwah. Ustaz berpesan, disamping kerja mencari rezeki, janganlah dilupakan tugasan dan tanggungjawab dakwah.

Susunlah jadual dan takwim agar semua dapat berjalan seiring dengan matlamat dakwah. Aku menghela nafas panjang dan berharap agar dapat menjadikan ia suatu reality. Semoga Allah mempermudahkan jalan ini meskipun jalannya panjang dan sukar.

Gambar hiasan- gambar kenangan dengan arwah Chot.

January 1, 2018

Melangkah Tahun 2018

Malam ini aku meraikan tahun baru dengan perjumpaan group pemuda ISMA SI. Setelah lama merancang akhirnya kami berjaya mengumpulkan semua ahli pada malam ini. Maklumlah semua sibuk dengan kerja masing-masing. Alhamdulillah majoriti dapat datang. Abang long pun turun sekali.

Banyak yang kami bincangkan, tetapi yang paling best. Kami tetapkan KPI baru untuk group kami tahun 2018. Aku tidak boleh cerita semua disini. Tapi antara yang paling best.
1. setiap bulan target mesti senaman berbentuk berlari/berjalan mencapai 30 km setiap orang.
2. membaca Quran paling kurang sehelai setiap hari.

ada banyak lagi yang kami tetapkan, tapi bagi aku ini cukup memadai untuk memberi inspirasi kepada ahli group pemudi ini untuk bangkit semula. Mungkin bagi sesetengah orang ini perkara biasa. Tetapi bagi aku ini lebih baik daripada buat group merapu dan tiada faedah. Semoga beberapa lagi target kami akan dapat dilaksanakan oleh semua ahli.

Tahun ini dari segi kekeluargaan semakin mencabar dan memerlukan kita sebagai bapa untuk memastikan anak-anak dapat mengikuti sistem pendidikan Malaysia yang semakin advance silibus dia. Mana tidaknya sekarang kena pulun agar anak aku mesti dah pandai membaca dan melakukan operasi asas matematik sebelum masuk tahun 1. Ini belum cerita bab mengaji dan sekolah agama. Bagi aku, perkara utama anak aku mesti pandai mengaji Al-quran. Sebab bila dia dapat mengaji, otak dan hati dia akan semakin bersih dan cerdas. Ayyash akan mula sekolah tadika jugak ikut abang nya Umar. Harap-harap segalanya ok. Kalau x ok, kena la cepat-cepat fikir dan selesaikan.

Tahun 2018 ini jugak Aku berharap aku dapat menjadi suami yang lebih baik. Bila renung kembali, banyaknya kelemahan aku sebagai suami. 

Cerita bab kerjaya dan phd, memang tidak akan habis. banyak usaha aku kena letakkan untuk berjaya dalam kerjaya dan pHd. Tapi aku tidak mahu push sangat dan berharap segalanya berjalan lancar.

Bab dakwah, aku berharap aku dapat memperbaiki kelemahan tahun lalu dan memberikan yang terbaik pada tahun ini. Aku tidak mahu menjadi ahli ISMA yang hanya buat suka-suka ikut dan sahaja. Aku mahu melahirkan sebanyak mungkin pelapis dakwah dan memberikan apa yang ada untuk dakwah.

Memang mudah untuk menulis, tetapi bukan mudah untuk melaksanakan dan mengamalkannya secara istiqamah. Tetapi jangan fikir sangat, buat sahaja dan serahkan pada Allah untuk menentukan ia.

Sebagai anak, aku berharap aku dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk terus berdakwah kepada ahli keluarga sendiri. dapat membantu mak abah pergi haji, membelikan kereta baru untuk abah dan mak. Serta aku mahu menambahkan jumlah duit belanja yang aku beri kepada mak setiap bulan. Semua ini tidak akan mampu kita membalas jasa mak abah. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha memberikan yang terbaik. Seorang mak mampu menjaga sepuluh anak, tetapi sepuluh anak belum tentu boleh jaga mak seorang. Inilah realiti zaman sekarang. 

semoga kita dapat menjadi anak soleh dan hamba Allah yang bertaqwa. Belum cerita bab umat islam di tempat lain. Bagaimana palestin, Iraq, Afghanistan, Syiria, Rohingya dan sebagainya. Aku tidak boleh bayangkan bagaimana kehidupan mereka akan datang. Susahnya hidup mereka memang kesian. Semoga tahun 2018 ini aku dapat membantu saudara-saudara aku di bumi islam yang lain walau dengan cara apa sekalipun yang aku mampu. 

untuk memastikan aku dapat melaksanakan tugas sebagai parajurit dakwah. Presiden ISMA telah menggariskan 12 ciri siap siaga yang aku kena hayati setiap masa. Kalau tiada ciri-ciri ni memang hampeh la senang cerita. Dakwah akan jadi lambat dan banyak masalah. 12 ciri-ciri itu adalah

  1. berilmu dan berketrampilan
  2. cekap dan profesional
  3. gagah, berani dan bijaksana
  4. pintar dan bijak berbicara
  5. cekal dan berdisplin
  6. sopan santun dan berbudi bahasa.

Oleh itu, aku berharap aku akan lebih menghayati 12 ciri-ciri siap siaga diatas pada tahun 2018 ini. 



December 30, 2017

Menangkap ikan keli dengan tangan

Beberapa persoalan yang perlu ditanya dalam posting kali ini. 
Pernah tak anda menangkap ikan keli menggunakan tangan? Saya tidak pernah sebelum ini, tetapi jaulah kami ke Astana Raja Homestay Negeri Sembilan telah merubah pemikiran saya daripada takut memegang ikan keli kepada berani sekarang. Hilang sudah rasa takut dan geli.

Bagaimana saya boleh berubah? Jawapannya apabila kita berani untuk berubah, berani mencuba .InsyaAllah boleh.
Pada mulanya kami takut nak tangkap guna tangan, jadi ada yang guna bakul dan serkup jaring.

Namu apabila lama-lama mencuba, semakin lama semakin geram tengok ikan keli banyak dalam kolam cetek berlumpur. Akhirnya kami berkubang dan mula memberanikan diri memegang untuk menangkap ikan keli. Daripada takut, akhirnya kami menjadi berani setelah menyedari bahawa ikan keli ini rupanya dia tidak gigit, duri tajamnya juga tidaklah mencucuk-cucuk seperti yang kami takutkan. Ikan keli ini rupa-rupanya dia lebih bersikap melarikan diri dan bukan menyerang.

Baguskan ikan keli ini, dia punya sengat amat susah untuk kena melainkan kalau kita yang salah teknik pegang dia. Akhirnya saya berjaya menangkap ikan keli menggunakan tangan sahaja. Alhamdulillah.













December 28, 2017

Trip to Lost world of Sungai Pisang Waterfall

Trip kali ini ke Air terjun Sungai Pisang.

  • Alhamdulillah. Memang awesome. Jaulah bersama Pembina Seri Iskandar membawa kami ke sini.
  • Memang best air terjun ini. Saya tidak mahu banyak menulis. Cukup lah video di bawah sebagai bukti. Pada awalnya rasa macam malas nak join trip ini. Sebab hari hujan tiba-tiba. Namun kami tekadkan jua dan akhirnya sampai. Berbaloi perjalanan ini.
  • Satu perkara kita kena akui, walau indah manapun air terjun ini, ia tidak akan sama dengan keindahan air terjun di dalam syurga. Bahkan tidak menyamai sedikitpun. Nikmat dunia ini hanya sementara sahaja. jadi kita kenalah muhasabah setiap kali pergi ke air terjun betapa nikmat dunia ini sementara sahaja dan ia tidak akan kekal. Semua ini akan hancur binasa  suatu hari nanti. Sungai ini juga, jika kita manusia tidak menjaganya, tidak mustahil ia boleh rosak dan tercemar. Oleh itu, cintailah sungai kita dan sama-sama kita menjaga kebersihannya.
  • Lokasinya di Gombak, Selangor.

video Youtube channel saya



koleksi gambar







December 27, 2017

Hikmah dan mutiara daripada Jaulah 2017

Alhamdulillah, Jaulah bersama saudara-saudara Pembina membawa banyak makna dan hikmah yang kami dapat untuk terus istiqamah dalam kehidupan dan perjuangan.

Kami menziarahi tokoh-tokoh dakwah sepertu Ust Mohammad,  Akh Zuraidi, Ust. Hazizi, Ammu Zaim Shaari dan Ust Soffi. Kami juga bertemu saudara-saudara kafilah dakwah di UIA Gombak, UNITEN dan sebagainya.

kami juga mendapat pengalaman berjaulah menaiki MRT, ke KLCC melihat pameran grafik seni sanskrit mel;ayu di Galeri Petronas dan akhir sekali kami mengambil hikmah daripada aktiviti memancing ikan dan menangkap ikan keli menggunakan tangan sahaja. Alhamdulillah.

Semua ini merapatkan ukhwah dan harus direnungi kembali untuk aku menulis hikmah-hikmah yang aku dapat. Aku belum bekesempatan menulis kembali semua pesanan-pesanan dan berharap aku ada masa untuk menulis semuanya kembali.



mun'aim idrus

December 23, 2017

Jaulah ke Tengah (JKT2017)

Bermula jumaat malam 22 Disember 2017, aku bersama beberapa ahli Pembina Seri Iskandar memulakan pengembaraan Jaulah kami. Trip kali in dalam misi mencari hikmah- hikmah Dan kalam- Kalam dakwah Daripada tokoh- tokoh dakwah Dan mengeratkan ukhwah sesama kami.

December 21, 2017

Salah satu hotel best dekat dengan SOGO dan murah

zaman sekarang zaman gila, jika suami anda keluar bekerja ke mana-mana outstation katanya. Silalah berusaha untuk ikut dan menemani mereka. Ini kerana untuk membantu mereka menjaga iman dan amal mereka. Selain ia akan menjadi percutian keluarga sekaligus. Bukan anda sebagai isteri tidak percaya suami anda. Tetapi anda sebenarnya tidak percaya kepada dunia dan tipu muslihatnya. 

Alhamdulillah dengan ada isteri dan anak-anak menemani semasa Outstation jiwa kita akan seronok dan keluarga juga akan seronok kerana dapat bercuti.  Satu lagi inilah sunnah Nabi Saw. Apabila pergi keluar berperang baginda akan bergilir-gilir membawa isteri-isteri baginda. Marilah para suami semua ikut sunnah ini. Tetapi jika keadaan tidak mengizinkan silalah fikir cara lain. Isteri kena selalu call dan mesej suami walaupun berjauhan.


Gambar1: Mainan kegemaran Umar adalah telefon Hotel. sebab benda ni tiada di rumah.

Gambar 2: Aku sedang mandi dangan si Bongsu Ali di kolam renang  Hotel. Kolam ni terletak di bumbung.

 Sengaja aku pilih Hotel WP Hotel ni semasa urusan kerja di KL. Ini kerana hotel ini berdekatan dengan SOGO. Aku pilih Hotel ini kerana beberapa sebab
  1. Aku tahu inilah tempat kegemaran isteri aku . Dekat dengan SOGO. Tapi dia bukan selalu nak pergi sini. Aku rasa 2 tahun sekali sahaja. Isteri aku punya handbag dan kasut dah lusuh aku rasa. Jadi mungkin inilah kewajipan aku sebagai suami membelikan kasut  dan handbag baru. 
  2. Harga sebilik hotel ini agak murah. Lebih kurang RM160-RM250 sahaja satu malam. Untuk kawasan tengah-tengah KL dengan ada breakfast dan kolam renang dan GYm. Aku rasa murah dan menjimatkan.
  3. Ada kolam renang (roof top pool) di atas sekali. Kolam renang terbuka. Memang cantik pemandangan sambal mandi manda.
  4. Dekat dengan rumah mak ayah aku. mereka tinggal di wangsa maju.
  5. Dekat dengan Chancellery UniKL dimana terletaknya ibu pejabat tempat aku bekerja. Kampus aku di lumut iaitu UniKL MIMET.
  6. Dekat dengan restoren Nasi Kandar Yaseen 24 jam. Nasi kandar kegemaran ayah aku. Jalan kaki sahaja seberang hotel. Terbaik.
  7. Internet wifi hotel ini laju. Jadi senang untuk aku online buat kerja pada waktu malam di bilik. Kadang-kadang hotel mahal belum tentu Wifi dia laju.



Gambar 3: Umar dan Uthman sedang bersantai di tepi kolam atas bumbung tingkat 13, WP Hotel. Cantikkan view dia. Subhanallah.

Akhir kata, artikel ini bukan untuk menunjuk-nunjuk sangat. Ini bukanlah percutian mewah. Tetapi bagi aku sedarhana sahaja. Di KL, kalau kita plan elok-elok akan jumpa hotel yang murah dan berdekatan dengan pusat beli belah. Korang boleh cuba cara ini. Mesti isteri korang suka dan seronok.

Gambar 4: pemandangan waktu malam daripada bumbung terbuka hotel 


Alhamdulillah.

Mun'aim Idrus